Umie Aida Setia Bersama Suami Hadapi Dugaan
Berdiri di atas nama kebenaran, pelakon Umie Aida sanggup berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jika suaminya itu belot dalam perjuangan berhubung isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jelas Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Umie Aida berbuat demikian bagi memastikan beliau tidak tunduk atau ‘termakan’ pelbagai habuan yang ditawarkan supaya menarik balik laporan yang dibuatnya sejak tahun lalu.
“Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya”
“Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya,” kata Khairuddin mengulang kembali kata-kata Umie Aida sebelum ini kepada mStar Online.
No comments:
Post a Comment