Saturday 12 September 2015

Nourul Wahab Dedah Terima Mesej Lucah

Selepas hangat dengan berita Abby Abadi yang memberikan komen berunsur lucah kepada suaminya Jai, terbaru Nourul Wahab pula telah diganggu oleh mesej lucah yang dikirim oleh  seorang yang beliau tidak kenal.
Nourul telah mendedahkan bagaimana beliau menerima mesej berunsur gangguan seksual daripada individu yang dikenali sebagai Jaha Lat melalui satu kiriman e-mail.
Ini bukan kali pertama beliau  menerima mesej sedemikian,  walaupun suaminya Eric Depp sebelum ini ada memberi amaran kepada individu  itu,  nampaknya ia tidak memberikan sebarang kesan.
Walaubagaimanapun, tidak semua peminat setuju dengan tindakan Nourul mendedahkan perkara tersebut kerana menganggap ia sebagai satu perkara yang kurang sesuai untuk dikongsikan kepada umum.
Nourul kemudian menjelaskan keputusan beliau untuk mendedahkan ia kepada umum adalah untuk memperingatkan wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati sekiranya mendapat mesej seperti itu daripada pengirim e-mail tersebut.
Bagus sebenarnya bila Nourul kongsi benda macam ni,  jadi wanita di luar sana boleh berjaga-jaga dengan lelaki hidung belang itu. Chill la.  Cuba pandang sesuatu dari sudut positif sebelum mempersoalkannya.

No comments:

Post a Comment