Thursday 17 September 2015

Lisa Surihani & Yusry KRU Kongsi Gambar Anak Pertama Mereka

Akhirnya yang dinanti-nanti telah pun tiba. Lisa Surihani dan Yusry KRU telah pun berkongsi gambar anak sulung mereka. Cahaya mata perempuan ini telah dilahirkan di Pantai Medical Centre Bangsar dengan berat 3.4 kilogram pada 15 September kira-kira jam 11.44 malam. Lisa dan anak telah pun pulang ke rumah. Kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat. Alhamdulillah.
gambar anak lisa surihani
Nama anak Lisa Surihani dan Yusry KRU bakal diumumkan selepas 7 hari. Diharap Lisa dan Yusry akan lebih banyak berkongsi gambar wajah anak mereka sementara itu. Pasti ramai yang tak sabar nak melihat wajah si comel ini secara lebih dekat. Sama-sama kita nantikan. Tahniah Lisa dan Yusry. SumberInstagram H!Live.

No comments:

Post a Comment