Saturday, 5 September 2015

Che Ta bengang pegang produk di pangkah (2 Gambar)

Che Ta Bengang Blog 'Pangkah' Produk yang Digunakannya
Rozita Che Wan atau Che Ta berasa kesal masih ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk melariskan jualan produk masing-masing.

Lebih membuatkan Che Ta berasa bengang apabila gambarnya disunting memegang botol produk kecantikan keluaran terbaharu seolah-olah dia mempromosikan produk berkenaan.

“Apa yang mereka (penulis blog) tulis adalah fitnah! Saya anggap itu taktik kotor pengeluar produk mengeluarkan artikel dan gambar saya seperti  itu dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai.

“Saya masih lagi duta kepada produk Rysya dan makanan tambahan Longevite. Berani betul blog itu membuat tanda pangkah pada gambar produk yang saya gunakan itu,” katanya kepada mStar.
Artikel yang dikeluarkan di sebuah blog kononnya Rozita kini menggunakan produk kecantikan baharu adalah laporan yang tidak benar.

Malah artikel itu juga membuat laporan palsu dengan mendakwa Rozita tidak menggunakan produk keluaran syarikat yang melantiknya sebagai jurucakap.

Sebaliknya artikel itu ditulis kononnya Rozita menggunakan produk baharu dan wajah dia bersama produk berkenaan turut dipaparkan.

“Berani betul blog tu buat tanda pangkah pada gambar produk yang saya gunakan!”

No comments:

Post a Comment