Beberapa minggu lepas kecoh seketika apabila seorang pelakon yang tidak begitu dikenali, Fara Mendoza memuat naik screenshot perbualannya dengan pelakon Fizz Fairuz di WeChat. Menurut Fara, Fizz cuba menggodanya menggunakan wang ringgit setelah mereka terserempak di penggambaran sebuah drama.
Hasilnya, dia mula dikenali ramai dan kini mempunyai ratus ribuan pengikut di Instagram. Pada masa itu,Fizz menafikan mengenali Fara, manakala Almy Nadia, isteri Fizz pula memuat naik satu status memerli Fara di Instagram.
Melalui Utusan Online, Fara memberitahu yang pada waktu itu, dia berasa tercabar apabila Almy menyindirnya.
Waktu dia kata begitu, saya masih boleh bersabar lagi kerana saya fikir kalau bercerita secara terperinci, nanti bukan setakat dia, keluarganya juga akan mendapat malu. Saya masih fikirkan hal keluarganya lagi…mempunyai anak dan isteri.Jadi saya tampil kata, okey la mungkin itu akuan palsu Fizz dengan harapan cerita itu akan habis di situ sahaja. Tapi kesabaran saya tercabar apabila Almy Nadia tampil memperlekeh saya di laman Instagram miliknya. Dia kutuk saya tanpa usul periksa.
Daripada kata-katanya itu, seolah-olah saya ini terdesak sangat. Apa salahnya kalau dia rasa saya sengaja membuat cerita, terus telefon saya dan bertanyakan kedudukan sebenar. Dia boleh minta nombor saya daripada suaminya. Kenapa dia terus diam apabila saya hantar semua perbualan antara saya dengan Fizz.Hah! barulah dia tahu, saya bercakap benar atau sengaja nak cari publisiti murahan. Saya harap di masa depan, janganlah suka-suka nak hentam orang tanpa usul periksa. Apa yang saya buat itu bukan untuk publisiti tapi sebagai amaran untuk Fizz agar tidak meneruskan perbuatan sebegitu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment