Friday, 18 September 2015

Ditahan Polis, Umie Aida Berdoa Agar Suami Dilindungi



SEBAGAI seorang isteri, tiada apa yang diharapkan selain melihat suami tersayang berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Begitu jugalah yang dirasai oleh aktres, Datin Umie Aida, apabila dikejutkan dengan berita suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan polis di rumah kediaman mereka malam tadi.
Menerusi laman sosial Facebook dan Instagramnya, Umia memuat naik status memohon doa agar suaminya yang ditahan dilindungi Allah dan berharap hal itu dapat diselesaikan dengan baik.
Umie Aida Polis
“Suami saya telah ditahan atas akta 124C . Semoga esok segalanya dapat diselesaikan dengan baik baik. InshaAllah. Me (Umie) doakan Allah sentiasa melindungimu… Aamiin,” tulis Umie.
Difahamkan, Khairuddin telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Beliau juga diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdahulu, Khairuddin dilaporkan dilarang berlepas ke New York dan London, selain turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

No comments:

Post a Comment