Wednesday 16 September 2015

Kewangan Tidak Stabil Punca Penyanyi Amelina Tidak Bertudung

penyanyi dangdut amelina
Kemunculan penyanyi dangdut Amelina yang popular pada suatu ketika dahulu dinanti-nantikan oleh peminat setelah lama menyepi dalam dunia hiburan. Amelina dilihat semakin aktif menyanyi dalam mempromosikan dirinya untuk terus berada dalam industri hiburan. Nampaknya usahanya itu membuahkan hasil apabila dilantik sebagai salah satu duta produk astro.
Usia Amelina juga semakin meningkat dan ramai peminatnya menyarankan supaya Amelina berubah dan menutup aurat kerana artis dangdut yang lain yang sudah pun berubah. Namun Amelina mempunyai alasan tersendiri kenapa dia tidak dapat berbuat sedemikian.
“Ramai yang bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab. Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakannya sudah stabil dan tidak perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum stabil lagi”
“Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu,” ujar Amelina kepada mStar Online baru baru ini berhubung komen para peminat itu.
Penulis tidak bersetuju dengan Amelina yang mengatakan bahawa artis dangdut yang sudah berubah mereka sudah mempunyai kewangan yang stabil. Bagi penulis, tidak semestinya kena stabil kewangan dahulu baru nak berubah. Rezeki tu di tangan Allah dan wajib percaya benda tu. Perkara baik tak elok nak dilengah-lengahkan lagipun kita hidup tak tahu smpai bila mungkin esok kita dah tak ada kat dunia ni. Penulis doakan semoga Allah bukakan pintu Amelina untuk berubah.

No comments:

Post a Comment