Saturday 29 August 2015

Teruskan, teruskan, kata Dr Mahathir kepada peserta Bersih 4

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menyertai peserta perhimpunan Bersih 4, sebentar tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Ogos, 2015.










Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menyertai peserta perhimpunan Bersih 4, sebentar tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Ogos, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.30 malam tadi bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk menyertai peserta perhimpunan Bersih 4 yang berkumpul sejak siang hari ini.
Kehadirannya di situ menimbulkan kekecohan dan orang ramai mula mengelilinginya sebaik saja beliau turun daripada kenderaannya.
Bekas perdana menteri itu pada awal hari ini ketika ditemui di Johor Baru berkata beliau masih mempertimbangkan sama ada akan menyertai Bersih 4 yang menuntut perubahan dalam institusi negara itu atau tidak.
Dr Mahathir berkata beliau datang ke Dataran Merdeka untuk “melihat” situasi di situ.

"Teruskan, teruskan," katanya dan meninggalkan perhimpunan itu tidak lama kemudian.
Dr Siti Hasmah juga memberitahu wartawan: "Ini kuasa rakyat."
Anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir serta-merta menulis di akaun Twitternya: "love ya, dad!!" (sayang ayah!!).
Kira-kira setengah jam kemudian, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di laman Facebook dan Twitter beliau: "Saya tidak tahu Tun M hadir, jika tidak sudah pasti saya ingin menemani Tun M. Beliau negarawan!!!"

GEMPAR !!! Tun Mahathir Dedah Konspirasi Pesawat MH370 Yang Sangat Mengejutkan

Jaclyn selamat melahirkan anak sulong (gambar bayi)

Tahniah kepada Jaclyn Victor kerana selamat melahirkan anak sulung berjantina lelaki pada 24 Ogos lalu. Menurut laman Instagram Jaclyn, bayinya itu masih belum diberi nama dab dilahirkan dengan berat 3.48 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

"Saya dan suami sangat gembira untuk mengumumkan kelahirannya. Saya dan bayi dalam keadaan sihat.

"Terima kasih atas ucapan dan doa semua untuk bayi kami," katanya.
-gambar TheHive.Asia 

(13 Gambar) PANAS !! Wanita dibogel dan dibelasah di tempat awam !! (GAMBAR) 'WANITA SIMPANAN' TERUK DIBELASAH, DIBOGEL DI TEMPAT AWAM



Kejadian yang berlaku di China ini adalah kejadian terbaru selepas "frontier justice," di mana dua orang lelaki yang dibelasah hingga lembik selepas mencuri.
Kali ini, seorang gadis di belasah oleh beberapa wanita kerana di dakwa menjadi perempuan simpanan.
Kejadian ini berlaku di luar sebuar kedai barangan elektronik Isnin lepas.
Wanita tersebut dibiarkan separuh bogel dab berlumuran darah
Gambar seterusnya menunjukkan penyerang cuba menarik rambut wanita berkenaan
Walaupun wanita ini dibelasah ditempat awam, orang ramai hanya mampu melihat begitu juga pihak berkuasa.

Friday 28 August 2015

Masih Ingatkah Anda Dengan Haziq Tom Tom Bak ??? Wajah Terbaru 2015 Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kami !!!

 Mesti ramai yang masih ingat dengan lakonan Haziq Tom Tom Bak dalam filem Syurga Cinta inilah wajah terbaru beliau#$% (dah berisi sekarang)
Image result for gambar terbaru haziq tom tom bak

APA NAK JADI?? (9 GAMBAR) Apabila Anak-Anak Selebriti Popular Malaysia Dengan Selamba Beraksi Tidak Senonoh...


$%^Umum mengetahui bahawa Sofea Jane mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Arissa, Khadeja serta Soraya. Katanya yang beraksi memakai bikini didalam gambar berkenaan adalah Arissa dan juga Khadeja.

Walaupun ramai yang sudah sedia maklum gaya kehidupan sosial anak-anak kepada pelakon tersebut, ia ternyata sedikit memalukan apabila kita melihat anak melayu yang sudah tentu beragama Islam berpakaian sedemikian.

Di negara kita sekarang, semakin ramai artis wanita melayu yang beranggapan pemakaian bikini adalah merupakan satu perkara biasa didalam hidup. Tak mustahil suatu hari nanti bikini akan menjadi "pakaian rasmi" wanita melayu jika mahu bersantai di tepi kolam renang ataupun pantai..

Memanglah ramai yang akan tertarik jika wanita memakai pakaian "hampir bogel" itu.., khususnya lelaki. Tetapi apakah dengan memakai bikini, ia akan dapat menaikkan darjat seseorang wanita dimata umum?

Hak pemakaian sememangnya hak masing-masing.., tetapi diharap wanita melayu/Islam jangan pula merosakkan imej agama dengan menegakkan kononnya hak pemakaian mereka.








TASHA SHILLA UPAH 40 LELAKI PUKUL BEKAS KEKASIH?



Nampaknya nama aktres Tasha Shilla tidak henti-henti dilanda kontroversi. Sejak kebelakangan ini, Tasha sering dikaitkan dengan isu yang tidak baik terutamanya selepas gambarnya berbikini tersebar di laman sosial.


Kini sekali lagi nama Tasha Shila dikaitkan kononnya menghantar 40 orang lelaki untuk menyerang bekas teman lelakinya Hans. 

Perkara tersebut diluahkan sendiri oleh teman wanita Hans kini menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya malah memaklumkan bahawa Tasha juga telah menyekat / blocknya dari follow di Instagram.


Kawan kepada pasangan ini yang juga seorang artis iaitu Fara Mendoza turut berada ditempat kejadian dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkara yang berlaku.




Samaada perkara ini adalah benar mahupun sebaliknya, mungkin Tasha Shilla perlu memberi penjelasan yang mungkin boleh membersihkan namanya.

Berikut gambar Hans, bekas kekasih Tasha Shila dengan kekasih barunya Carmen.



OHMEDIA: TASHA SHILLA OH TASHA SHILLA. DALAM DRAMA BUKAN MAIN NAIF LAGI. LOL 

----------------------------------

Thursday 27 August 2015

Syamel #AF2015 Ada Suara Emas, Tak Sangka Dapat Undian Rendah - Edry


Pengetua Akademi Fantasia (AF2015) Edry Abdul Halim akui terkejut apabila Syamel merupakan antara pelajar yang berada di kedudukan tiga terendah pada konsert mingguan #AF2015 Ahad lalu.

Menurut Edry, Syamel adalah antara pelajar yang sentiasa konsisten dan membuat persembahan dengan baik sewaktu konsert mingguan #AF2015.

“Sayanglah bila Syamel berada di kedudukan tiga dari bawah dan secara jujur memang saya terkejut kerana dia merupakan antara pelajar yang sangat konsisten persembahannya. 

“Tidak dinafikan kedudukannya itu adalah berdasarkan undian tapi saya juga tak dapat nak elak untuk rasa terkejut apabila dia berada di berada di kedudukan tersebut. 

“Pada saya, Syamel mempunyai suara emas yang saya rasa agak sukar untuk kita temui,” katanya ketika ditemui Astro Gempak sejurus tamat konsert kedua #AF2015 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Selain itu Edry juga memberitahu faktor imej memainkan peranan yang penting untuk ‘memikat’ pengundi selain mempunyai suara yang merdu.

“Saya tak nafikan peserta lelaki undiannya lebih kepada pengundi wanita dan mungkin faktor imej juga memainkan peranan penting.

“Suara dah ada… Cuma saya rasa Syamel perlu membuat sedikit ‘grooming’ untuk memikat hati pengundi wanita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Edry juga menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan Syamel suatu hari nanti.

“Saya lihat Syamel mempunyai bakat yang besar dan siapa tahu kami mungkin akan bekerjasama suatu hari nanti.” katanya tersenyum.

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2015 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA PELAJAR) dan hantar ke 32777.

Untuk undian secara pukal:
AFUNDI (3/5/10) (NAMA PELAJAR) ke 32777 , contoh AFUNDI10 (NAMA PELAJAR) ke 32777.

Undian menerusi online:
Pengguna perlu mendaftar di Laman Web melalui akaun Facebook yang aktif untuk mengundi calon-calon. Setiap Facebook ID boleh membuat satu undian setiap hari hanya untuk Satu Pelajar AF2015.

Saksikan Diari AF setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.

Manakala Konsert Mingguan #AF2015  bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

#AF2015 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Keluarga Pecahkan Kubur Setelah Mengetahui Anak Perempuan Mereka yang Ditanam Masih Hidup