Saturday 29 August 2015

Teruskan, teruskan, kata Dr Mahathir kepada peserta Bersih 4

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menyertai peserta perhimpunan Bersih 4, sebentar tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Ogos, 2015.










Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menyertai peserta perhimpunan Bersih 4, sebentar tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Ogos, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.30 malam tadi bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk menyertai peserta perhimpunan Bersih 4 yang berkumpul sejak siang hari ini.
Kehadirannya di situ menimbulkan kekecohan dan orang ramai mula mengelilinginya sebaik saja beliau turun daripada kenderaannya.
Bekas perdana menteri itu pada awal hari ini ketika ditemui di Johor Baru berkata beliau masih mempertimbangkan sama ada akan menyertai Bersih 4 yang menuntut perubahan dalam institusi negara itu atau tidak.
Dr Mahathir berkata beliau datang ke Dataran Merdeka untuk “melihat” situasi di situ.

"Teruskan, teruskan," katanya dan meninggalkan perhimpunan itu tidak lama kemudian.
Dr Siti Hasmah juga memberitahu wartawan: "Ini kuasa rakyat."
Anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir serta-merta menulis di akaun Twitternya: "love ya, dad!!" (sayang ayah!!).
Kira-kira setengah jam kemudian, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di laman Facebook dan Twitter beliau: "Saya tidak tahu Tun M hadir, jika tidak sudah pasti saya ingin menemani Tun M. Beliau negarawan!!!"

No comments:

Post a Comment