Saturday 12 September 2015

Angin Kuat Punca Kren Tumbang – Pegawai Saudi


Keadaan tiang kren yang tumbang di Masjidil Haram mengorbankan lebih 100 jemaah haji dan mencederakan beratus lagi malam tadi. - Foto BERNAMA
RIYADH – Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi berkata, angin kencang menjadi punca kren besar terbalik dan menghempap sebahagian kawasan Masjidil Haram yang meragut sekurang-kurangnya 107 nyawa, menjelang bermulanya musim haji tahun ini.
Ketua pengarahnya, Suleiman Abdullah al-Amro berkata, angin luar biasa di kawasan itu juga menyebabkan pokok tumbang dan terdapat beberapa kesan bahawa kawasan berkenaan dilanda ribut.
Beliau menafikan laporan bahawa kilat yang menyebabkan kren berwarna merah dan putih itu tumbang.
Pihak pengurusan Masjidil Haram berkata, sekurang-kurangnya 238 cedera dalam kejadian lewat petang semalam itu, di kawasan masjid yang dikelilingi beberapa kren bersaiz gergasi yang terbabit dalam kerja pembinaan pembesaran masjid. – AP

No comments:

Post a Comment