Wednesday 16 September 2015

Tomok Syukur Isteri Kini Berhijab Sepenuhnya!

Tomok Syukur Isteri Kini Berhijab Sepenuhnya!

Alhamdulillah sejuk hati kami mendengar berita baik ini, sejuk lagi hati si Tomok apabila isteri kesayangan akhirnya terbuka hati untuk berhijab.
Comel sangat isteri Tomok ni dengan mengenakan hijab menutup aurat, maintain cute! Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram Tomok berkongsi rasa syukurnya akan penghijrahan yang dilakukan.
“Dia mula bertudung mulai semalam. Alhamdulillah, terbuka pintu hati dia untuk bertudung dan saya sangat-sangat gembira dengan perkara ini. Maklumlah, perkara inikan adalah satu kewajiban dan saya berharap penghijrahan ini adalah berterusan,” jelas Tomok.
Tomok Syukur Isteri Kini Berhijab Sepenuhnya!
Kami di PBS turut berharap perkara yang sama, semoga isterinya terus istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Oh yer, tak lupa juga Selamat Ulangtahun Kelahiran (1 September) yang ke berapa pun tak pasti ihiks! Semoga dilimpah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik olehNya.

No comments:

Post a Comment