Monday, 21 September 2015

Tahniah! Faezah Elai Kini Hamil Anak Kedua

Tahniah! Faezah Elai Kini Hamil Anak Kedua

Lama rasanya tidak dengar cerita mengenai artis kita sorang ni. Lama menyepi kini timbul membawa berita gembira. –Faezah Elai Buka Perniagaan Produk Kecantikan?
Tahniah buat Faezah Elai yang kini hamil anak kedua. Usia kandungan beliau kini sudah mencecah enam bulan.
Menurut Faezah Elai pengalaman mengandung kali ini lebih sukar berbanding sebelum ini kerana mengalami alahan yang teruk sehingga merasa badan terlalu lemah dan tidak dapat memenuhi beberapa majlis undangan.
“Saya dapat tahu yang saya mengandung selepas dua bulan ketika itu penghujung penggambaran drama Wadi yang kini sedang ditayangkan di TV3.
“Selepas tamat drama itu saya terus berehat dan keadaan kesihatan saya memang agak teruk ketika mengandung kali ini. Badan terlalu lemah dan tidak boleh banyak bergerak.
“Bukan berlakon sahaja, undangan majlis hiburan pun saya tidak dapat datang,” ujarnya.
Tahniah! Faezah Elai Kini Hamil Anak Kedua
Walaubagaimanapun menurut Faezah, beliau tidak mahu terlalu teruja membuat segala persiapan bagi menyambut kelahiran bayinya itu bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Tambahnya Faezah lagi, mengenai soal jantina, beliau sebaliknya tidak kisah asalkan anak yang bakal dilahirkan nanti sihat.
“Saya tidak mahu teruja buat persiapan awal-awal kerana tidak mahu apa-apa buruk terjadi. Kalau sudah lapan bulan barulah kami buat persiapan.
“lagi pula sekarang pun kami belum tahu bayi ini lelaki atau perempuan, tapi bagi saya tidak kisah apa pun jantina asalkan dia sihat,” katanya.
Faezah yang berkahwin dengan pengarah drama Heykal Hanifah pada September 2012 sudah mempunyai anak perempuan bernama Dealova Heyrinna Heykal yang kini berusia dua tahun.
Tahniah buat Faezah Elai. Apapun semoga bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan sehingga proses kelahiran nanti.

No comments:

Post a Comment