Pada ketika ini krisis pelarian Syria mula mendapat perhatian dunia apabila gambar seorang kanak-kanak bernama Aylan Kurdin yang mati lemas dan terdampar di pantai Turki sewaktu cuba menyeberangi Laut Mediterranean bersama ahli keluarganya yang lain tersebar luas di media.
Berikutan itu jutawan ke 3 terkaya di Mesir (dan ke 10 di benua Afrika) bernama Naguib Sawiri yang merupakan jutawan telekomunikasi telah mengumumkan keinginannya untuk membeli sebuah pulau sama ada di Greece atau Itali dan membawa pelarian Syria untuk menetap di situ.
Greece atau Itali, jualkan sebuah pulau kepada saya. Saya akan namakan pulau tersebut Pulau Merdeka dan benarkan pelarian Syria menetap di situ, sediakan peluang pekerjaan dan bina sebuah negara baru untuk mereka.
Begitulah tweet yang dilakukan oleh jutawan ini beberapa hari lepas yang telah mendapat perhatian ramai dan menjadi viral.
Melalui wawancara bersama AFP Naguib mengesahkan idea beliau itu dan berkata beliau serius dan mampu melaksanakannya.
Kalian mempunyai beribu pulau yang tidak berpenghuni dan ia sebenarnya mampu menampung beratus ribu pelarian Syria yang kini sedang mencari perlindungan.
Harga bagi sebuah pulau di Greece dan Itali dianggarkan sekitar $10 hingga $100 juta tapi jutawan ini percaya beliau mampu membina negara baru dari kosong dengan melabur di bahagian infrastuktur.
Menurut Naguib, untuk sementara waktu rumah perlindungan sementara akan dibina untuk pelarian; yang kemudiannya mereka akan diberikan peluang pekerjaan untuk membina rumah, sekolah, universiti dan hospital.
Dan sekiranya keadaan kembali pulih di Syria, para pelarian ini boleh memilih untuk kembali ke tanahair mereka. Jutawan ini juga berjanji jika cadangan beliau ini berjaya dilaksanakan, para pelarian akan dilayan sebagai ‘manusia’.
Baca lagi: Kisah Menyentuh Hati Di Sebalik Sekolah Anak Pelarian Syria Diasaskan Oleh Pelajar Malaysia
No comments:
Post a Comment