Monday, 21 September 2015

Anzalna Umum Bakal Akhiri Zaman Solo!!!!

Akhirnya, gembira kami di sini mendengar khabar berita pelakon cantik kecik molek Anzalna Nasir yang mengakui bakal menamatkan zaman singlenya bersama pilihan hati Hanif Zaki awal tahun depan.
Pasti ramai peminat yang tak sabar-sabar, memandangkan mereka berdua dilihat telah menjalinkan hubungan yang agak lama dan serasi bersama.
Pengumuman rasmi telah pun dibuat oleh Anzalna sendiri menerusi program HLive, Apa Kata Malaysia?. Menurut Anzalna lagi, dirinya semakin sibuk bagi persiapan menjelang hari bahagiannya itu termasuk permilihan tempat majlis, persalinan dan makanan.
Anzalna Umum Bakal Akhiri Zaman Solo!
Mereka berdua merancang untuk bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Bagus juga macam tu, jimat sedikit kan? Apa pun semoga segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment