Tuesday 15 September 2015

Rumahtangga Kian Bahagia, Hanez Suraya Tayang Baby Bump





rumahtangga kian bahagia hanez suraya tayang baby bump



Ramadan lalu, timbul isu kononnya rumahtangga Hanez Suraya dan suami bergolak. Malah pelakon itu sendiri apabila ditanya hanya meminta supaya semua pihak mendoakan kebahagian rumahtangganya sahaja tanpa mengulas panjang.

Ketika desas desus itu timbul, Hanez Suraya juga dilihat tidak memuat naik langsung foto dia dan suaminya di laman sosial Instagram. Ia membuatkan ramai yang menyangka gosip mengenai rumahtangganya itu benar.

Namun baru-baru ini, Murai Batu perasan Hanez Suraya sudah mula selesa memuat naik foto mesra bersama suaminya dengan kapsyen bersyukur dan meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Selain gambar mesranya bersama suami, Murai Batu perasan Hanez yang tidak pernah menunjukan baby bump sebelum ini telah memuat naik sekeping foto di Instagram menayang perutnya kini yang hamil.

Comel je Murai Batu lihat baby bump Hanez, mungkin dia baru hamil di trimester pertama dan ianya tidak begitu kelihatan.

Apa-apa pun Murai Batu mendoakan supaya rumahtangga yang dibina mereka dapat bertahan dan bahagia hingga akhirnya lebih-lebih lagi apabila bakal menyambut orang baru dalam keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment