Akhirnya gosip “Padam Gambar Mesra Syarul Ridzwan, Mia Ahmad Putus Cinta?” mendapat perhatian empunya badan.
Mia Ahmad pelakon yang terkenal menerusi drama hangat #HatiPerempuan tampil menjelaskan keadaan sebenar ekoran gambar Syarul Ridzwan yang dipadam di koleksi gambar Instagram miliknya.
Punca sebenar Mia bertindak sedemikian bukanlah kerana putus cinta malah enggan para peminat terus-menerus terbawa-bawa watak mereka di dalam drama berkenaan.
Mungkin ada segelintir para peminat yang fanatik dan suka melihat mereka berdua serasi bersama hingga mengharapkan ia menjadi kenyataan di dunia sebenar.
“Kabanyakkan gambar itu saya muat naik ketika drama kami sedang ditayangkan, kami cuma tolong promosikan sahaja, namun ia tidak bermakna saya tidak menghargai sokongan peminat terhadap cerita itu.“Saya nak keluar dari zon selesa dan tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan cerita Hati Perempuan itu dan membuang imaginasi peminat yang terlalu terikat dengan watak Yuhanis dan Tengku Zaril,” ujarnya.
Selepas tamatnya drama tersebut, pelbagai spekulasi dan gosip bertebaran berkaitan kisah cinta mereka yang kononnya terjalin sehingga memaksa “Mia Ahmad Mengaku Bercinta Dengan Syarul Ridzwan?“
Walaupun sering dilihat bersama, masing-masing tetap dengan pendirian bahawa mereka hanyalah sekadar kawan biasa. – Tiada Apa Antara Kami: Mia Ahmad Akui Selesa Bekerja Dengan Syarul Ridzwan!
Sumber mStar Online
No comments:
Post a Comment