Nampaknya sudah menjadi kebiasaan bagi selebriti luar negara yang hubungan suami isteri dilihat seolah-olah bahagia namun hakikat sebenar hanya retak menanti belah.
Pasangan romantis yang menjadi perhatian, David Beckham dan juga Victoria adalah antara pasangan yang dikatakan menghadapi masalah rumah tangga tetapi masih bertahan gara-gara kepentingan perniagaan, betul ke?
Sebelum ini “Demi Filem ‘By The Sea’ Brad Pitt Dan Angelina Jolie Pura-Pura Mesra” tapi kali ini David Beckham dan Victoria didakwa berpura-pura mesra hanya kerana perniagaan mereka yang terkenal itu.
“Jika Beckham dan Victoria bukan public figure sudah tentu tentu mereka berdua akan bercerai sejak dahulu lagi. Buktinya mereka kini tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu,” jelas sumber terdekat yang mendakwa Beckham kini tinggal bersendirian di South Beach Florida manakala Victoria mengambil keputusan untuk tinggal dengan ibu bapanya di London.
Bagaimanapun, wakil keluarga terdekat menafikan tuduhan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai tuduhan palsu yang mungkin ingin menjatuhkan pasangan ini. Macam pelik kerana pasangan ini dilihat sangat mesra seperti bukan sekadar lakonan. – ‘Reunion’ Spice Girls di Hari Lahir David Beckham ke-40
No comments:
Post a Comment