Sunday, 20 September 2015

Rumah Tangga Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Didakwa Bermasalah

Rumah Tangga Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Didakwa Bermasalah

Kejam betul mereka yang gemar mereka-reka cerita seolah-olah seperti menginginkannya terjadi.
Dengar khabar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa menghadapi masalah rumah tangga. Apa yang pasti, kami di Gosip Malaysia baru sahaja menyiarkan artikel kemesraan dan gambar romantik mereka bersama (6 Gambar) Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah – ROMANTIK!“.
Memang sangat tak logik kerana mereka berdua masing-masing sibuk untuk majlis pembukaan butik yang mereka tubuhkan bersama. Yang penting, Puteri Sarah sendiri telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan mungkin isu ini timbul kerana mereka berdua sudah lama tidak kelihatan bersama-sama.
Rumah Tangga Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Didakwa Bermasalah
“Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, ..kami sangat mencintai antara satu sama lain. Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak,” jelas Sarah.
Nak lagi konkrit, Puteri Sarah juga menyifatkan butik yang baru dibuka di Bangsar adalah lambang kebahagiaan mereka suami isteri yang diusahakan bersama. Konkrit ke tak?
Rumah Tangga Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Didakwa Bermasalah
Sumber: BH Online

No comments:

Post a Comment