Tuesday 29 September 2015

Abby Abadi Berjanji Tidak Mahu Beli Kek Secret Recipe Walaupun Ada Sijil Halal

Baru-baru ini, selebriti Abby Abadi menceritakan pengalamannya membeli kek dari restoran Secret Recipe untuk sambutan majlis hari jadi anaknya. Menurut Abby, dia berjanji tidak akan membeli lagi makanan dari Secret Recipe kerana dia meragui status halalnya. Ini ialah kerana pemilik restoran tersebut bukan seorang muslim.

 photo abbyabadisr.jpg

Seorang peminat mempertikaikan kenyataan Abby namun dia tetap mempertahankannya.

 photo 1.jpg
Kami menyangkakan disebabkan terdapat keraguan dalam diri Abby mengenai status halal kek-kek tersebut dia akan membuangnya, rupanya dia tetap menghidangkan kek itu untuk meraikan sambutan ulangtahun kelahiran anak-anaknya iaitu Maria Danisha dan Marissa Dania.

 photo 11312145_1631367953793675_966995465_n.jpg
 photo 11850271_1048116011879834_305754781_n.jpg

KLIK UNTUK TONTON FREE VIDEO

Pada pandangan kami, sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan sijil pengiktirafan halal kepada satu rangkaian restoran maka makanan yang dihidangkan ialah halal. Seandainya terdapat kekhilafan dalam perkara ini yang menanggung ialah pegawai JAKIM selaku pemegang autoriti.
Mungkin selepas ini Abby patut belajar membuat kek supaya dia dapat memastikan kesemua bahan yang digunakan ialah halal. Tak susah pun buat kek, kan? Sejam saja dah siap.
Atau pesan saja kek yang dibuat di rumah oleh pembuat-pembuat kek yang bertebaran di Facebook dan Instagram dari awal. Sekiranya tidak cukup masa, majlis sambutan boleh dilambatkan sehari dua. Yang penting tiada syak dan was-was, ya tak? Kredit gambar, Instagram Abby Abadi

No comments:

Post a Comment