Sunday, 13 September 2015

Syatilla Melvin Dikecam Hadir Ke FFM27 Hanya Memakai T Shirt Dan Seluar Jeans

Gara-gara tidak mengikut tema berpakaian di Festival Filem Malaysia (FFM 27), aktres Syatilla Melvin yang hadir ke majlis tersebut dengan hanya memakai T Shirt dan berseluar jeans telah di kritik dan dituduh tidak menghormati anugerah berprestij tersebut.
Pakaian yang dipakai masa majlis itu


Tidak mahu terus dikecam, Syatilla menjelaskan beliau tampil sebegitu kerana tidak mempunyai pakaian yang sesuai kerana pada waktu tersebut beliau bergegas dari lokasi penggambaran di Pulau Pinang untuk hadirkan diri pada acara FFM 27.
Buat Syatilla,  kenapa orang ramai harus mempersoalkan gaya beliau pada malam tersebut sedangkan ada lagi selebriti yang hadir tidak mengikut tema.
Perkara yang orang tidak tahu adalah saya bergegas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menghadiri acara tersebut dan memberi sokongan kepada industri dan rakan-rakan. Benar pakaian saya tidak mengikuti tema tetapi saya tiada pilihan kerana sibuk di lokasi penggambaran sebelum itu sehingga tidak berpeluang mencari pakaian bersesuaian.
Jika diikutkan boleh dikira dengan jari berapa ramai yang mengikuti tema. Tindakan menunding jari kepada saya agak ‘over’ dan isu ini tidak sepatutnya timbul.
Untuk pengetahuan anda, Syatilla langsung tidak melintasi acara karpet merah kerana tidak mahu mendapat publisiti murahan dan sedar beliau tampil berpakaian yang tidak mengikut tema serta ingin menghormati majlis berkenaan.
Tidak sesuai langsung dengan majlis yang dihadiri
Itu lah pelik juga bila ramai je yang kecam Syatilla Melvin kerana hadir ke FFM 27 dengan pakaian yang tidak ikut tema. Kami pun setuju, memang ada jugak selebriti yang melakukan perkara yang sama, paling ketara Shaheizy Sam masa jadi penyampai anugerah.

No comments:

Post a Comment