Amboi seronoknya tengok koleksi gambar bulan madu Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ni.
Mana taknya, tempat yang dipilih Masha-Allah sangat menarik dan pemandangannya yang indah serta tenang membuatkan sesiapa sahaja ingin ke sana.
Kalau nak tahu Pulau Bora-Bora, Polenisia Perancis menjadi pilihan percutian mereka. Sebuah pulau yang jarang sekali dilawati oleh rakyat Malaysia memandangkan jaraknya yang jauh dan memerlukan kos yang tinggi. Wow!
Sewa resort untuk satu malam pun dah mencecah sekurang-kurangnya RM5 Ribu. Pengsan nak cari mana duit sebanyak tu, bertuah betul pasangan ni.
Tak apalah mereka mampu, kita yang tak ni cuci mata tengok gambar mereka pun dah cukup bertuah. Semoga pasangan ini kekal bahagia dan dikurniakan baby yang comel!#HanisHairulBoraBora #HanisHairulToTheMoon #FrenchPolynesia #BoraBora
Lagi artikel menarik:- 7 Koleksi Foto Sweet Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Sambut Raya Bersama!
Nak tengok lagi? Banyak tau nak dikongsikan. Memang tak puas tengok gambar mereka yang dihiasi dengan pemandangan yang indah itu. Sangat best, romantik gitu!
No comments:
Post a Comment