Wednesday 9 September 2015

15 Sebab Mengapa Ultras Malaya ‘Naik Angin’




Bukan hanya kerana kekalahan memalukan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu, tetapi tindakan Ultras Malaya ‘mengamuk’ di Stadium Shah Alam pada perlawanan antara Malaysia menentang Arab Saudi semalam berpunca daripada banyak sebab.
Beberapa laman Facebook sejak beberapa hari lepas, termasuk laman rasmi Ultras Malaya sendiri, menyenaraikan beberapa sebab yang selama ini dilihat menjadi isu besar dalam bola sepak tempatan.

71441713447_UltrasMalaya

Sebab-sebab yang diberikan dilihat lebih banyak berkaitan dengan sistem pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Antara sebab utama yang mendapat reaksi daripada netizen termasuk:

1. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah 35 tahun yang lepas.

WIRA - WIRA 1972 OLIMPIK MUNICH WIRA - WIRA KITA BERGAMBAR DI INGOLSTADT JERMAN BARAT SEBELUM MENENTANG MOROCCO . PENGENALAN BARISAN BELAKANG ( DARI KIRI KE KANAN ) : DATUK HARUN HAJI IDRIS ( PENGURUS )  , JALIL CHE DIN ( JURULATIH ) , NAMAT ABDULLAH , WONG KAM FOOK , LOOI LOON TEIK , SOH CHIN AUN , M . CHANDRAN , SALLEH IBRAHUM , ALI BAKAR , SHAHARUDDIN ABDULLAH , BHWANDI HIRARL , LIM FUNG KEE , PETER VELLAPAN ( PENOLONG PENGURUS ) . HADAPAN : KHOO LUAN KHEN , RAHIM ABDULLAH , HARUN JUSOH , HAMZAH HUSSEIN , WAN ZAWAWI YUSOF , OSMAN ABDULLAH , MOHAMMAD BAKAR DAN V.KRISHNASAMY . SCAN DARI PUSAT MAKLUMAT UTUSAN MELAYU KANAN: Chandran (dalam bulatan) bersama rakan sepasukan semasa menyertai Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada tahun 1986. NOTA TERBITAN KOSMO 27 SEPTEMBER 2012 KHAMIS MUKA 12 ARCHIVED BY RZ

2. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah 35 tahun yang lepas.

malaysia1980kelayakanolqa7

3. Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 12 kali, sekali gus menduduki tempat tercorot kumpulan.

Senior 2008

6. Pada Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 17 kali, sekali gus terperosok di dasar kumpulan kelayakan, di bawah Timor-Leste.

7. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Ranking Malaysia telah menjunam ke kedudukan ke-33 Asia.

Malaysia 1994

9. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia, namun kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan terburuk iaitu ke-169 dunia.

10. Ranking Malaysia kini berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

11. Ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

12. Liga bola sepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

13. Tindakan FAM menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk tiga hari perlawanan dalam tempoh singkat tujuh hari, untuk membenarkan perlawanan menentang kelab-kelab luar.

14. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM didakwa tidak pernah membentangkan penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

fam

15. Dan terbaharu, kekalahan terburuk Malaysia dalam sejarah bola sepak negara, iaitu 0-10 kepada UAE minggu lalu.

UAE-vs-Malaysia-Fifa-world-cup-qualifier-3rd-septemberAstro Awani

No comments:

Post a Comment