Wednesday, 30 September 2015
Komen Kamal Adli Selepas Gambar NIKAHNYA Tersebar Dengan Emma Maembong
Pelakon Kamal Adli, 29, menafikan dia melangsungkan pernikahan dengan pelakon Emma Maembong selepas gambar mereka ‘berkahwin’ menjadi viral di Internet sejak beberapa hari lalu.
Kamal ketika dihubungi berkata, gambar mereka kononnya bernikah itu adalah antara babak dalam drama Jodoh Sebelah Pintu lakonannya dengan Emma.
Menurut Kamal, dia sudah memuat naik gambar itu di Instagram sudah lama dengan tujuan mempromosikan drama itu dan tidak sangka baru sekarang ia menjadi viral.
“Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya," katanya.
Bagaimanapun, pelakon filem Abang Long Fadil ini enggan melatah sebaliknya meminta peminat supaya lebih sensitif dan menghormati hak orang lain.
Gambar mereka lengkap dengan persalinan perkahwinan yang memaparkan Emma bersalam dan mengucup tangan Kamal itu dimuat naik pihak tertentu di Internet kononnya mereka bernikah pada 27 September lalu di Terengganu.
Walaupun tidak pernah membuat pengakuan dia bercinta dengan Emma, Kamal tidak menolak sekirannya dia ada jodoh dengan Emma.
“Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa. Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT," katanya.
Kamal berkata, sejak dia mula berkawan dengan Emma, hubungan mereka berjalan dengan baik.
10 GAMBAR Cikgu Sado Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea
10 GAMBAR Cikgu Sado Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea
Mungkin jarang kita temui wanita berbadan tegap atau digelar 'SADO'. Namun sebaliknya, penulis ingin kongsikan beberapa gambar cikgu di korea mempunyai badan yang cukup tegap dan ideal.
ENTAH kenapa sejak kebelakangan ini, wanita mahupun lelaki yang memiliki susuk tubuh atau wajah yang kacak dan cantik mudah untuk mendapat perhatian.
Cukup dengan memiliki pakej dari segi aset badan, muka dan sebagainya, tambah pula dengan pekerjaan yang tak disangka-sangka, individu tersebut pasti akan menjadi sensasi Internet.
Belum reda dengan gambar polis paling cantik di Korea, kini seorang cikgu dari korea ini yang juga seorang ahli bina badan ini pula jadi viral dan popular di negara itu.
Shim Euddeum yang gemar berkongsikan gambar wajahnya yang feminin serta susuk tubuhnya yang ramping dan menawan di laman sosial telah mencetuskan fenomena di kalangan masyarakat tempatan.
Mungkin tubuh badannya yang fit itu telah menjadikan Shim sebagai inspirasi ramai orang di luar sana sehinggakan gambarnya tersebar dengan meluas di sana.
Antara Gambar yang dikongsi oleh Shim di instagram miliknya
P/S : Mantap jugak minah nie kan =)
Komen Siti Nurhaliza Buat Cristiano Ronaldo Bikin Panas!
Memang menjadi perhatian ramai setelah Primadona terkenal Dato’ Siti Nurhaliza tanpa ramai yang tahu juga merupakan antara peminat bola sepak. Apa yang mengejutkan apabila Siti Nurhaliza sendiri mula meninggalkan komen di laman Instagram pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo.
Wah!! Memang ramai yang mula menjejaki komen yang ditinggalkan Siti Nurhaliza kepada bintang bola sepak berkenaan.
Artikel sebelum:- Video Tun M Berduet Bersama Siti Nurhaliza Tarik Perhatian Ramai
“Safe flight dear..” itulah kata-kata yang ditulis olehnya. Alahai sweetnya, harap-harap Cristiano Ronaldo pun baca la kan, nampaknya memang peminat setia juga ni.
Foto Terbaru Anak Bujang Sasha Saidin Yang Semakin Kacak
Diam tak diam, umur anak lelaki tunggal penyanyi dan pelakon Sasha Saidin, Adam Aryasenna Notosoemarsono sudah memasuki usia enam tahun. Melihat kemaskini laman Instagram Sasha, bekas anggota kumpulan Elite itu telah membawa anaknya melancong ke Singapura sempena dengan hari lahirnya baru-baru ini.
Wah! Semakin lama makin kacak dan comel pula Murai Batu tengok anak Sasha. Mana taknya, anak darah kacukan. Sasha mempunyai darah Melayu dan Inggeris manakala bekas suami Sasha, Salyo Priyanto Notosoemarsono pula berasal dari Indonesia.
Murai Baru pasti satu hari nanti anak lelaki Sasha membesar dengan tampan dan menjadi kegilaan ramai anak gadis di luar sana. Mungkin anak bujang Sasha juga boleh melibatkan diri dalam dunia peragaan apabila dia dewasa kelak.
Selain itu, Murai Batu mendapat perkhabaran yang Sasha sudah mendapat hak penjagaan penuh Adam baru-baru ini. Murai Batu sendiri kagum melihat usaha Sasha yang membesarkan anak bujangnya secara bersendirian. Memegang status ibu tunggal, Sasha nampaknya gigih mencari rezeki untuk membesarkan anak bujangnya.
Murai Batu doakan Sasha agar dia dilimpahi rezeki untuk dia selesa membesarkan anak bujangnya dan semoga Sasha segera bertemu dengan lelaki yang baik untuk dia menamatkan zaman solonya, Insya-Allah.
Tuesday, 29 September 2015
Abby Abadi Berjanji Tidak Mahu Beli Kek Secret Recipe Walaupun Ada Sijil Halal
Baru-baru ini, selebriti Abby Abadi menceritakan pengalamannya membeli kek dari restoran Secret Recipe untuk sambutan majlis hari jadi anaknya. Menurut Abby, dia berjanji tidak akan membeli lagi makanan dari Secret Recipe kerana dia meragui status halalnya. Ini ialah kerana pemilik restoran tersebut bukan seorang muslim.
Seorang peminat mempertikaikan kenyataan Abby namun dia tetap mempertahankannya.
Pada pandangan kami, sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan sijil pengiktirafan halal kepada satu rangkaian restoran maka makanan yang dihidangkan ialah halal. Seandainya terdapat kekhilafan dalam perkara ini yang menanggung ialah pegawai JAKIM selaku pemegang autoriti.
Mungkin selepas ini Abby patut belajar membuat kek supaya dia dapat memastikan kesemua bahan yang digunakan ialah halal. Tak susah pun buat kek, kan? Sejam saja dah siap.
Atau pesan saja kek yang dibuat di rumah oleh pembuat-pembuat kek yang bertebaran di Facebook dan Instagram dari awal. Sekiranya tidak cukup masa, majlis sambutan boleh dilambatkan sehari dua. Yang penting tiada syak dan was-was, ya tak? Kredit gambar, Instagram Abby Abadi
(50 GAMBAR)Sekitar Sambutan Majlis Ulangtahun Kelahiran Ammar, Anak Che Ta
Pelakon, duta produk dan model Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta telah mengadakan majlis sambutan harijadi ke-19 anaknya Ammar Effendy. Majlis ini diadakan dalam suasana serba mewah dan cukup meriah.
Untung sungguh Amar kerana ramai rakan-rakannya hadir ke majlis ini. Che Ta pula kelihatan anggun dalam busana warna hitam.
Tak tahu dengan anda semua, kami hanya mahu melihat Aaisyah Dhia Rana yang super cute. Lagi 49 gambar dengan mmebaca entri ini sepenuhnya.
Hi! let’s join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral, Kuala Lumpur.You will…
Subscribe to:
Posts (Atom)