"Asalkan ia boleh membahagiakan anak-anak saya, itu paling penting. Dalam hidup ini anak-anak lebih diutamakan. Kalau anak-anak kata okey, saya pun okeylah. Saya mahu anak-anak happy," demikian kata Awie mengenai jodoh yang kemungkinan bakal mengisi ruang hatinya.
"Saya sudah dua kali melalui alam rumah tangga dan yang kedua ini masih dalam perbicaraan mahkamah. Apa yang berlaku saya tak nafi turut beri kesan pada anak-anak. Seperti lelaki normal lain sudah semestinya saya perlukan seorang isteri yang boleh bersama saya waktu susah dan senang di samping boleh menjaga anak-anak dengan baik," tambahnya lagi.
Untuk makluman, Awie pernah gagal dalam perkahwinan pertama dan sedang menghadapi masalah bersama isterinya Rozana Misbun sehingga ia dibicarakan di mahkamah. Dia mengakui hatinya terasa sepi dan memerlukan seorang isteri di sisinya baik pada waktu susah mahupun senang.
Lebih menarik, dia juga mengakui sedang mengenali hati budi seseorang. Namun dia tidak mahu terburu-buru dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir.
"Saya ini lelaki anak lima, adakah wanita yang mahu serius berkawan dengan saya? Terus-terang, saya berkawan dengan ramai orang. Kini, ada seseorang yang sedang saya cuba kenali hati budinya. Biarlah kenal dulu, barulah boleh fikirkan fasa yang lebih serius. Bila dah jadi, saya pasti umumkan.
"Biarlah segala dugaan hidup saya seorang menghadapinya. Kali ini kalau jadi kahwin lagi biarlah atas persetujuan anak-anak. Saya mahu anak-anak hidup gembira dengan ibu tiri," katanya.
KLIK UNTUK BACA SELANJUTNYA
Sumber: MO
No comments:
Post a Comment