Wednesday 4 November 2015

GEMPAR!!!! Akhirnya Ramli MS Dedahkan Punca Sebenar Beliau SINGKIRKAN Zul Handy Black. Kesiannya!!!



Ramai yang melahirkan rasa terkejut apabila Zul Handy Black disingkirkan pada minggu ketiga Gegar Vaganza 2. Rata-rata kecewa dengan keputusan juri ini kerana persembahan Zul pada minggu pertama dan kedua cukup memukau. Namun tidak dinafikan nyanyian Zul agak mengecewakan pada minggu ketiga. Akan tetapi, rata-rata berpendapat bahawa nyanyian Sheeda lebih teruk jika dibandingkan dengan Zul. Namun pastinya para juri yang diketuai oleh Datuk Ramli MS mempunyai penerangan yang tersendiri.



Menurut Datuk Ramli MS, nyanyian Zul dan Ezlyn tidak menunjukkan peningkatan sekaligus menyebabkan mereka tersingkir. Kata beliau:-

Untuk GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta. Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada nyanyian semata-mata.

Cuma saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi Fantasia (AF).

Menyanyi salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata, tetapi tidak ada maaf jika menyanyi sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi ‘in tune’.

Tetapi ingat pada peringkat seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana ketika itu kami mencari ‘the best among the best.

Mereka (Zul dan Ezlyn) ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah diberikan namun tahap nyanyian mereka sama.

Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka ‘deliver’.

Haiza, Azian Mazwan Safuan dan Siti Nordiana adalah peserta ‘underdog’ tetapi lihatlah kualiti yang mereka ada pada hari ini


Jujur Abang Nara katakan diri ini kecewa juga apabila Zul Handy Black tersingkir. Namun siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan juri yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam industri nyanyian. Apa pun, Gegar Vaganza kali ini memang lebih hebat, meriah dan menarik. Setiap minggu pasti Abang Nara sekeluarga tak terlepas menontonnya. Sama-sama kita nantikan Ahad ini untuk melihat peserta mana yang akan tersingkir seterusnya.

KLIK DISINI UNTUK TONTON FREE VIDEO

No comments:

Post a Comment