Tuesday, 3 November 2015

GEMPAR!!! Suspek Sebar Fitnah Dakwa Neelofa Aniaya Pekerja Dikenalpasti!!!!



Neelofa merupakan artis yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi hangat, bak kata, apa sahaja tindakan yang dilakukan pasti menjadi bualan hangat malah tidak kurang juga ada yang mempertikaikan tindakan beliau. Jika terdahulu PANAS! Neelofa Dituduh Ciplak Tudung Orang Lain, kini beliau didakwa pula menganiaya salah seorang stokis di bawah pengurusannya.
Suspek Sebar Fitnah Dakwa Neelofa Aniaya Pekerja Dikenalpasti!
Berhubung perkara itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor, 26, tampil menepis dakwaan itu sebaliknya memaklumkan ia merupakan fitnah dan pihaknya akan ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melakukan hal tersebut.
“Kami sudah kenal pasti individu yang menyebarkan fitnah tersebut, dia merupakan salah seorang stokis di Perak yang telah ditamatkan kontrak beberapa bulan lalu.
“Ia berikutan dia melanggar dua perkara dalam kontrak yang dipersetujui sebagai stokis. Kami juga mendapat maklumat individu tersebut sudah menipu pembeli produk Naelofar Hijab lebih RM10,000.
“Perkara tersebut mendorong individu itu untuk menabur fitnah dengan niat tertentu dan kami tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat Naelofar Hijab, Taman Tun Dr Ismail di sini, semalam.
Suspek Sebar Fitnah Dakwa Neelofa Aniaya Pekerja Dikenalpasti!
Neelofa diminta mengulas mengenai seorang individu yang mendakwa syarikat miliknya menganaiyai beberapa stokis dan pekerja Naelofar Hijab.
Individu tersebut juga mendakwa syarikat milik pengacara itu mengambil deposit yang dikenakan kepada stokis berdaftar dan tidak memulangkan wang tersebut selepas ditamatkan kontrak.
“Tentang dakwaan mengambil duit stokis itu sebenarnya individu tersebut tidak faham bahawa setiap stokis perlu membayar yuran RM200, namun ia sudah dijelaskan yang wang itu tidak akan dipulangkan.
“Tapi kita hanya mengenakan yuran kepada stokis yang berjaya dipilih dalam temuramah yang dilakukan terlebih dahulu. Kita mempunyai syarat dan peraturan yang ketat kepada siapa yang ingin menjadi stokis,” ujarnya.
Neelofa turut memberitahu, syarikatnya kini mempunyai 700 stokis di seluruh negara dan sudah menamatkan kontrak seramai 60 stokis atas sebab-sebab tertentu.

KLIK UNTUK BACA SELANJUTNYA

No comments:

Post a Comment