Monday, 30 November 2015

SAYU!!! Allah Pinjamkan Anugerah Ini Untuk Seketika, Luahan Datuk Siti Selepas Keguguran



Selepas berita mengenai kehamilannya pada November lalu, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza telah telah memuatnaik status mengenai keguguran kandungannya di Instagram pagi tadi.

Tepat jam 10 pagi, Siti telah meluahkan perasaannya diberi nikmat mengandung, tetapi redha dengan ‘kehilangan’ zuriatnya itu.

Bagaimanapun Siti positif menerima ketentuan Illahi, walaupun sudah 9 tahun menanti kehadiran cahaya mata dalam hidupnya bersama suami, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

Menerusi luahannya itu Siti turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah mendoakannya sebelum ini.

Tidak sampai satu jam status tersebut dimuatnaik ruangan komen dihujani ucapan takziah oleh pengikut Instagramnya.

Astro Gempak kongsikan kepada anda, cetusan rasa Siti yang dimuat naik satu jam yang lalu.

“Bismillahirahmannirohhim ... Tanggal 1hb Dec ... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang..
Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. 

Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan.

Hanya memohon masa yang sesuai..Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. 

InshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..

Selepas habis proses berpantang ni Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balik
 dan beberapa acara di Jakarta (plan asal shooting di KL sbb pregnant). 

Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya...teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan..

Sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah...

KLIK UNTUK BACA SELANJUTNYA

Wassalam..”
Kepada Siti, Astro Gempak doakan semoga tabah menjalani ujian ini.

Sunday, 29 November 2015

PILU!!! SUNGGUH MENYAYAT HATI!!! LUAHAN HATI ARWAH PAK YUS YG AMAT MENYAYAT HATI TENTANG KESEDIHAN2 BELIAU




























KLIK DISINI <<GAMBAR SEMASA MEMBUAT PERSEMBAHAN DI DATARAN MERDEKA>>



'Bukan merajuk tapi tak ada kerja!'-Yus Raja Lawak



SEBAIK saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus boleh dianggap sepi apabila kemunculannya di persada seni tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya yang lain seperti Zizan, Nabil dan Kumpulan Sepah yang jauh lebih popular berbanding dirinya.

Kecewa dengan tawaran yang tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yang seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak! Hampir dua tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yang mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni!

Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yang diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai. Selain berdepan kesempitan hidup gara-gara tidak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya.

“Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job! Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk...

“Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih... Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang tiga, empat kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi. Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yang berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.

“Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dengan diri saya. Dah tak ada apa-apa yang boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater,” katanya.
Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira dua tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya.

“Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.

“Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan...

“Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain,” katanya.

Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.

“Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah,” katanya.

Merempat selepas bergelar juara Raja Lawak

“SEBELUM ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.

“Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.

“Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.

“Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.

“Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.

“Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya,” kata Yus.

Info Yussry

NAMA SEBENAR: Yussry Edoo
NAMA PANGGILAN: Pak Yus
TARIKH LAHIR: 15 Mac 1976
ASAL: Kampung Nesam, Batu Pahat, Perlis
KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
PENCAPAIAN: Juara Raja Lawak Astro musim pertama (2007)
FILEM: Seram (belum tayang)
DRAMA: Amit, Gerabak, Nurul Iman, Hanya Tuhan Yang Tahu, Caca Marba, Gitu-Gitu Apek, Tiga Budak Botak dan Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya
TEATER: Sri Mersing

PANAS!!! Bengang Ditipu : Datin Nina Juren Dedah Perbualan Dengan Peniaga Online Penipu Di Instagram

Tidak tahu hendak cakap bagaimana, semakin hari semakin banyak peniaga online yang bersifat tamak dan hendak menjadi kaya dengan melakukan penipuan terhadap pengguna. Mungkin kerana mereka tahu bahawa kes sebegini kurang mendapat perhatian ramai.
Baru-baru ini juga, Datin Nina Juren yang didakwa telah ditipu peniaga di Instagram telah memuat naik foto perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp selepas individu tersebut gagal untuk memulangkan kembali wang Nina Juren dan memberikan seribu satu alasan untuk menutup penipuannya.
Merasa geram dengan peniaga itu, Nina Juren telah menggelar penipu itu  “setan” .
Hurm, tidak dapat dinafikan tawaran oleh peniaga online terutama sekali di Instagram cukup menarik perhatian pembeli kerana ada produk yang tidak boleh dapat dengan harga yang murah di luar sana. Walaubagaimanapun, kita harus berhati-hati dalam urusan jual beli dan periksa dahulu no akaun bank mereka di Google untuk mengetahui jika mereka terlibat dengan kes penipuan sebelum ini.

KLIK UNTUK BACA SELANJUTNYA

Friday, 27 November 2015

MEWAH GILER!!!! (36 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Maria Farida Dan Datuk Rahman!!!

Semalam, pelakon jelita Maria Farida, 45, telah melangsungkan pernikahan dengan kawan baiknya, usahawan berusia 62 tahun, Datuk Rahman di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) pada pukul 11.00 pagi. Ini sekaligus menamatkan zaman ibu tunggal selama 10 tahun pelakon yang dikenali dengan filem Bisikan Cinta ini.
 photo DSC03838.jpg
Majlis tertutup itu dihadiri kira-kira 50 orang tetamu yang terdiri dari saudara-mara dan sahabat handai terdekat pasangan itu. Untuk makluman, gambar-gambar cantik ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi Muhammad Zameer. Dekorasi dan pelamin di lokasi ini ialah hasil buah tangan The Cosry.
Lagi 35 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Wednesday, 25 November 2015

PANAS!!! KORANG MASIH INGAT RAFIQUE, PELAKON DRAMA DIARI RAMADHAN !!! Foto wajah terbaru Rafique, pelakon drama Diari Ramadhan tahun 2007 Yang Memeranjatkan!!

Korang masih ingat lagi Rafique, pelakon drama Diari Ramadhan tahun yang dulunya begitu popular di saluran TV3? Sudah pasti ramai yang mengingati drama ini kan.

Drama ini pernah menjadi popular pada tahun 2007. Terbaru kami ingin berkongsi 2 foto terbaru pelakon drama ini setelah membesar yang terlajak hensem.






Monday, 23 November 2015

PANAS!!! Yus Jambu Akhirnya Akan Menamatkan Zaman Bujang. Pasti Anda Terkejut Siapakah Bakal Isterinya

Eh, pelawak Yus Jambu, 38 tahun, dikhabarkan akan berkahwin. Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh beliau dimana gadis pilihannya itu merupakan seorang model sambilan dan juga setiausaha ahli korporat.
Mereka mula bertemu apabila Yus berkenalan melalui laman sosial Facebook selama setahun setengah sehingga sekarang.
Perkahwinannya akan berlangsung pada hujung tahun ini jika tiada aral melintang.


GAMBAR KETIKA SHOOTING BERSAMA NORA DANISH

6 GAMBAR PANAS JULIANA EVANS TAMPIL SEKSI YANG SUNGGUH MENGHAIRAHKAN!!



Menerusi laman Instagram milik Juliana Evans beliau telah berkongsi beberapa keping gambar percutiannya di Indonesia.
Namun dalam banyak-banyak gambar yang dikongsinya, gambar dirinya tampil dengan ‘dress’ berwarna kelabu yang menampakkan bahagian belakang badannya itu telah menarik perhatian dan menjadi bualan hangat diruangan komen Instagramnya sehingga ada melabelkan pakaian yang dipakai oleh aktres itu menyerupai coli.
(GAMBAR) Panas! Juliana Evans Dikritik Peminat Tampil $eksi
(GAMBAR) Panas! Juliana Evans Dikritik Peminat Tampil $eksi
Malah peminatnya juga meluahkan rasa kecewa dan kurang selesa dengan pemilihan pakaian artis kesayangan mereka yang mendedahkan sebahagian tubuhnya.
Rata-ratanya berpendapat gambar itu tidak patut dipaparkan untuk tatapan umum kerana boleh mengundang komen negatif terhadap aktres itu.
Bagaimanapun Juliana tidak ambil peduli terhadap komen-komen negatif yang diberikan oleh pengikut di Instagramnya.