Monday 18 January 2016

PANAS!!! TERLAJAK 41 SYARAT ‘PELIK’, SELANGOR BAKAL TOLAK TAWARAN D’HERBS

TERLAJAK 41 SYARAT ‘PELIK’, SELANGOR BAKAL TOLAK TAWARAN D’HERBS


Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkemungkinan menolak tawaran tajaan pemilik syarikat kosmetik, D’Herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kerana beberapa syarat “pelik” yang sukar ditunaikan.
Laporan Harian Metro yang memetik sumber dalaman FAS turut mendedahkan, Aliff Syukri mengenakan beberapa syarat tambahan sehingga berjumlah 41, menjadikannya enam syarat lebih banyak berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan Kelantan.
Terlajak 41 syarat ‘pelik’, Selangor bakal tolak tawaran D’Herbs
Terlajak 41 syarat ‘pelik’, Selangor bakal tolak tawaran D’Herbs
“Sebenarnya beliau ada mengemukakan syarat tambahan dengan menjadikannya kini berjumlah 41 syarat,” kata sumber dilapor akhbar itu hari ini, merujuk kepada Aliff Syukri.
“Lebih enam syarat daripada apa yang dikenakan Qu Puteh ke atas pasukan Kelantan.”
Pemilik syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman menaja The Red Warriors sebanyak RM16 juta bagi dua musim dan mengenakan 33 syarat tambahan, selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju mengecat stadium kepada warna merah jambu dan menukar nama pasukan itu.
Akhbar itu sebelum ini melaporkan beberapa syarat pelik dikemukakan D’Herbs sehingga mengundang rasa tidak puas hati penyokong setia skuad The Red Giants.
Antaranya menukar warna jersi pasukan kepada hijau, pemain Selangor juga perlu melakukan gaya “Terlajak Gol” setiap kali gol dijaringkan, dan stadium dicat warna hijau, tetapi telah dinafikan Aliff Syukri.




“Berdasarkan kepada perbincangan awal dalam kalangan pihak pengurusan, mungkin kami terpaksa menolak tajaan itu kerana syarat dikenakan agak sukar untuk dipenuhi.
“Ini kerana FAS lebih mengutamakan soal jati diri dan pasukan Selangor yang selama ini menjadi tunjang kepada keutuhan dan kekuatan pasukan,” katanya.
Kata akhbar itu lagi, penolakan tawaran “terlajak laris” itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Namun jika boleh mengurang atau membatalkan beberapa syarat, kemungkinan kami sedia mempertimbangkan semula tajaan mereka. Apa pun terpulang kepada D’Herbsuntuk menukar syarat itu,” kata sumber itu lagi.
KLIK UNTUK BACA SYARAT-SYARATNYA

Sumber : Malay Mail

No comments:

Post a Comment