Wednesday, 27 January 2016

PANAS...!!! Farahdhiya Kongsi Kisah Peribadi Yang Ramai Tidak Tahu… MENGEJUTKAN!



Tidak seperti selebriti yang lain, sepanjang membabitkan diri dalam bidang seni, jarang sekali kita lihat Pelakon dan penyanyi Farahdhiya,32 yang dikaitkan dengan kontroversi hangat apalagi dengan gosip cinta.
Yang palling hangat diperkatakan sebelum ini pun dakwaan mengatakan Farah atau Faradhiya yang bercinta dengan suami orang namun dinafikan sendiri oleh penyanyi popluar lagu Bertakhta Di Hati itu.
Farahdhiya ketika ditemui baru-baru ini mengatakan dirinya tidak menjalin hubungan cinta denagn mana-mana lelaki.
Farahdhiya Kongsi Kisah Peribadi Yang Ramai Tidak Tahu... MENGEJUTKAN!
Malah menurut Naib Juara GV2 itu mengakui sendiri tidak pernah terfikir untuk bercinta.
“Memang saya malas untuk fikir mengenai perkara itu. Rasanya lebih baik saya menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni,” katanya.
Ketika ditanya mengenai hubungan cinta, menurut Farahdhiya, dia bukan kerana kecewa dalam bercinta sehingga memutuskan untuk tidak mahu bercinta akan tetapi tumpuan kini hanya diberikan terhadap kerjaya.
“Bukan sebab kecewa atau takut hati terluka menyebabkan saya tidak mahu bercinta, sebaliknya saya lebih senang dengan situasi sekarang.
“Mungkin juga kerana sekarang ini saya terlalu sibuk dengan kerjaya seni menyebabkan saya tidak punya masa untuk memikirkan soal cinta atau teman hidup,” katanya.
Farahdhiya Kongsi Kisah Peribadi Yang Ramai Tidak Tahu... MENGEJUTKAN!
Katanya, sejak menyertai GV2 jadual kerjayanya memang terlalu sibuk hampir setiap hari.
“Bayangkan dari Isnin hingga Jumaat saya di lokasi penggambaran drama dan hujung minggu pula biasanya saya ada tempahan untuk mengadakan persembahan.
“Bagaimana kalau saya bercinta? Mana saya nak curi masa untuk bersama kekasih hati. Bagi saya, masa yang ada sangat terhad hinggakan untuk meluangkan masa bersama keluarga pun jarang,” katanya.
Farahdhiya Kongsi Kisah Peribadi Yang Ramai Tidak Tahu... MENGEJUTKAN!
Hendak diikutkan bagi wanita apabila usia mencecah 30, soal teman hidup dan kahwin ada ketikanya akan memberi tekanan. Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan rakan sebaya sudah bernikah dan dikelilingi anak. Tapi Farah akui tidak pernah berasa tertekan atau terdesak untuk mempunyai kekasih atau berkahwin dalam waktu terdekat.
“Mengapa saya harus berasa tertekan. Bukankah jodoh sudah ditentukan? Saya tidak perlu pening kepala untuk fikir sebab saya percaya jodoh saya sudah ditetapkan. Kalau sampai masanya, saya akan berkahwin juga.
“Daripada pening kepala nak fikir siapa jodoh saya, lebih baik saya fikir bagaimana untuk kukuhkan kerjaya seni.
“Siapa tahu dalam sibuk bekerja tiba-tiba jodoh saya datang dan terus bernikah. Saya rasa itu lebih baik,” katanya.
Mengenai perancangan kerjaya selepas muncul naib juara GV2, kata Farahdhiya selain sibuk di lokasi drama bersiri Bodyguard, dia juga sibuk menyiapkan single terbaru ciptaan Tam Spider dan lirik Keon.

Sumber: gosipmalaysia


No comments:

Post a Comment