Saturday 30 January 2016

PANAS...!!!!! GADIS 15 TAHUN DI ROGOL BERGILIR 3 LELAKI SELAMA 3 HARI!

GADIS 15 TAHUN DI ROGOL BERGILIR 3 LELALKI SELAMA 3 HARI!-Kes yang berlaku di kuala lumpur dimana seorang remaja perempuan dirogol lelaki yang baru dikenali bersama tiga lagi rakannya.
Media melaporkan, kejadian ini dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek berusia 21 tahun di Manir, dan di sebuah rumah kosong yang juga terletak di kampung sama.

gadis cantik dirogol

Difahamkan, mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan keluar bersama rakan lelakinya, 18 yang baru dikenali berusia pada kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.
Menurut Sinar Harian, mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan ketika berjumpa, suspek itu membawa mangsa ke rumah seorang lagi suspek.
Mangsa kemudian dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, pada kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.
Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang lagi suspek lain yang juga berusia 18 tahun.
Menurut mangsa, perbuatan itu telah dirakam dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah.
Menurut pihak polis, mangsa telah menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan lelakinya kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu yang mengugut mangsa agar keluar bersamanya lagi. Jika tidak, rakaman video perbuatan seks akan disebarkan dilaman sosial seperti Wechat dan WhatsApp.
Mangsa yang takut dengan ugutan suspek terpaksa keluar bersamanya dan dirogol rakan lelakinya bersama seorang lagi suspek berusia 16 tahun di lokasi sama awal pagi Jumaat lalu.
Apabila mangsa dihantar pulang kira-kira jam 3.30 pagi, mereka terserempak dengan abang mangsa.
Curiga dengan perbuatan adiknya, abang mangsa bertindak mengejar suspek berkenaan tetapi gagal menangkapnya.
Mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan keluarganya telah membuat laporan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, polis berjaya menahan semua suspek pada kira – kira jam 1 hingga 3 petang, Jumaat lalu di sekitar Manir.
Suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
sumber: myinfo4u.net

No comments:

Post a Comment