Wednesday, 21 October 2015

Pengakuan Sebenar Maria Farida Tuduhan Jadi Perampas



Akhirnya gosip “Tuduhan Maria Farida Rampas Suami Orang Terbongkar!” terjawab jua apabila pelakon tersebut, Maria Farida tampil untuk membela diri. Maria Farida dengan tegas menafikan tuduhan menjadi perampas suami lantas menjadi punca perpecahan sebuah rumah tangga.
“Semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut. Saya hairan bagaimana orang ramai boleh cepat percaya pada gosip mengarut itu. Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu (K) tidak lagi bergelar Datin.
“Saya sebenarnya yang teraniaya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan. Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Untuk menjaga keselamatan, sekarang saya pasang bodyguard,” jelasnya.
Sehingga kini, Maria Farida telah pun membuat laporan polis dan berurusan dengan peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment