Monday 26 October 2015

PANAS! Punca Noni AF5 Dihentam Peminat!!!!!

 

Tidak dapat dinafikan vape kini semakin popular dalam kalangan masyarakat hari ini tidak kira golongan. Namun apa yang menyedihkan, pengambilan vape ini juga diambil oleh sesetengah golongan wanita.
Ekoran itu ramai yang cuba mempertikaikan isu ini. Malah rata-rata pengambilan vape dalam kalangan wanita ini mendapat kecaman hebat dari netizen.
Ramai penghisap rokok tegar sudah beralih arah kepada rokok elektronik, Vape termasuklah kebanyakan artis lelaki di Malaysia ni.
Tapi bila artis wanita termasuk bukan artis sekalipun, pasti ramai yang pandang serong pada kaum ini yang menghisap rokok apatah lagi Vape.
Terbaru, bekas bintang Akademi Fantasia yang sedang aktif berlakon sekarang iaitu Noni AF5 dikatakan menghisap Vape apabila dia ada memuat naik fotonya di Instagram sambil memegang vape dan terdapat sekeping foto lagi dia memegang refill atau flavour Vape.
Namun tindakan Noni itu mendapat kecaman apatah lagi dia seorang public figure apabila pengikutnya di Instagram memberitahu tidak manis jika wanita menghisap Vape dan memintanya berhenti daripada menggunakan alat itu.
Beriku antara komen-komen negatif peminatnya di laman sosial berkenaan:
“Perempuan x manis nk vape on”
“Jangan ahh”
“aku tengok google …semua ckp perempuan haram isap vape”
“Tak payah la nak hisap vape ke ape..xde faedah buang duit..dlm surat kabar ada keluar kata haram hisap vape. “
Pada pendapat Ida Melly sendiri, walaupun vape itu tidak dinyatakan status haramnya dan itu hak masing-masing namun sebagai seorang wanita adalah tidak elok sekiranya mengambil vape!

No comments:

Post a Comment