Sunday 25 October 2015

Anak Rita Rudaini Tampil Dengan Koleksi Pakaian Sendiri!!! SUNGGUH COMEL!!!!...

anak rita rudaini tampil dengan koleksi pakaian sendiri

Saya suka melihat koleksi gambar yang dimuat naik oleh pelakon cantik, Rita Rudaini di dalam akaun Instagram miliknya. Selain mengemaskini laman sosial tersebut dengan gambar yang menceritakan mengenai aktiviti sehariannya sebagai pelakon, Rita juga kerap memuatnaik gambar dua orang anak lelaki kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Murai Batu tengok, makin lama makin terserlah kecomelan anak-anak Rita. Murai Baru pasti satu hari nanti anak-anak Rita membesar dengan tampan. Murai Batu juga gemar melihat cara Rita mendidik anak-anaknya. Anak-anak bujang Rita pandai mengaji, melukis dan bagus dalam akademik.

Terbaru, anak sulung Rita, Rayyan telah mengeluarkan koleksi pakaian sendiri. Diedarkan menerusi laman Instagram @littleheavenbyrayyan, semua lukisan yang tercetak di atas t-shirt yang dijual adalah hasil lukisan Rayyan sendiri.

Walaupun sibuk dengan kerjaya seni dan perniagaan, Rita tidak pernah mengabaikan anak-anak. Status Rita sebagai ibu tunggal juga tidak menghalang Rita untuk membesarkan anak-anaknya dengan begitu cekal.

Murai Batu harapkan agar Rita murah rezeki untuk membesarkan anak-anaknya. Didoakan juga agar mereka membesar menjadi anak yang soleh, Insya-Allah.

Mari kita lihat koleksi foto comel anak-anak bujang Rita:







No comments:

Post a Comment