KES bergaduh yang melibat beberapa wanita di Kelantan sebelum ini baru sahaja mahu reda, kini muncul pula video pergaduhan viral yang sekali lagi melibatkan kaum hawa di Malaysia.
Entah apa nak jadi dengan perempuan sekarang, hilang sudah sopan dan santun yang sebelum ini sangat sinonim dengan perwatakan mereka.
Menerusi rakaman video amatur itu, seorang wanita dilihat telah ditendang berkali-kali oleh beberapa wanita lain.
Penonton yang melihat aksi itu juga pasti terasa sakitnya ditendang di kepala itu. Memang ganas betul tindakan si pemukul itu.
Kalau marah sekali pun, janganlah bertindak sedemikian! Silap-silap boleh jadi kes bunuh kalau mangsa yang dipukul itu mati.
Apa yang lebih menyedihkan, seorang wanita berpurdah dan bertudung labuh seperti ustazah turut mengambil kesempatan untuk menyepak mangsa!
Video yang berdurasi kurang dari satu minit itu kini viral di laman sosial dan punca pergaduhan di antara mereka masih lagi tidak diketahui.
Apa-apa pun, semoga tabiat suka merakam-rakam perbuatan ‘keji’ seperti ini dihentikan segera untuk kebaikan semua dan diharapkan agar golongan wanita seumpama ini kembali berkelakuan seperti wanita normal sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment