Pada Jun dan Ogos tahun lalu, bekas kekasih Sharnaaz itu pernah dihentam peminat kerana berkongsi beberapa keping gambar dalam keadaan berpakaian ketat sehingga memperlihatkan bentuk tubuh badannya.
Terbaru, Shila Amzah kembali menimbulkan kontroversi apabila berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan dirinya cuba melentur badan sehingga kakinya terkangkang ke atas. Aksi tersebut dilakukan dalam keadaan bertudung.
Kebanyakan peminat yang menjadi pengikut Shila tidak senang dengan perkongsian gambar itu kerana menganggap aksi berkenaan tidak beradab dan kurang manis sebagai wanita bertudung.
Meskipun, ramai peminat mengetahui tindakan Shila itu dilakukan tanpa niat namun kata mereka, sebagai seorang artis bertudung, dia seharusnya sudah sedia maklum bahawa setiap inci perbuatannya akan diperhatikan dan dihakimi oleh orang luar.
Sumber: pelbagaimacam.blogspot
No comments:
Post a Comment