Hari guru adalah merupakan hari untuk meraikan guru selepas berkorban dengan penat lelah mengajar dan membimbing anak bangsa demi memastikan masa depan mereka terjamin.
Sinonim dengan hari guru adalah hadiah, ada yang mampu akan menghadiahkan hadiah yang mahal-mahal dan ada yang tidak mampu memberikan hadiah yang seikhlas hati kepada guru mereka.
Namun ia kini seolah-olah sudah menjadi trend, di mana hari guru pelajar akan berpusu-pusu untuk memberi hadiah walaupun bukan diminta balasan oleh guru itu sendiri.
Ada pelajar atau murid mendesak ibu bapa mereka membeli hadiah hinggakan ada mereka tidak hadir ke sekolah kerana malu tiada hadiah untuk guru.
Seorang bekas guru besar, Abd Ghani Haron telah berkongsikan kisah yang berlaku kepada muridnya satu ketika dahulu di mana mengisahkan seorang pelajar perempuan dari keluarga yang tidak berkemampuan sanggup ponteng sekolah hanya kerana tidak mempunyai hadiah untuk diberikan kepada gurunya.
Jom kita baca,
PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH
Ketika menjadi pengetua dulu,suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah.Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.
Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang,saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.
Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan.Dia begitu terkejut melihat saya.Bibirnya terketar mengucap salam pada saya,tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh,bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.
Dia segera berdiri menghormati saya,tetapi saya suruh duduk,saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.".Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya.Saya desak dia bercakap benar.
Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu, dia akan berkata benar,"Cikgu,saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru.Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan,ayah saya kerja jaga.Emak telah meninggal.
Dia berhenti bercakap.Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis.Dia menyambung,
"Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka?" Ini telah berlaku tahun lalu.
Air matanya yang deras dikesat dengan kain tudung yang separuh lusuh.Saya pula yang turut sedih dan tidak terucap kata.
Saya menghantarnya balik ke rumah, dalam perjalanan fikiran berkecamuk. Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.
Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dengan memberi hadiah kepada guru di samping program sekolah. Memanglah ia sesuatu yang baik. Tetapi banyak ibubapa yang miskin, yang kurang mampu, menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah,tak mau ke sekolah tanpa hadiah.
Yang berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan.Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak,tetapi memilih jalan lain untuk mengelak,memendam rasa,tetapi siapa yg peduli.
Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan,high light,kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru,dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa,maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.
Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah,lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian.Hakikatnya,pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya,tetapi memberi khidmat kpd gurunya,bekerjasama dan patuh pada semua arahan.
Hari guru sebaiknya disambut dengan penzahirkan rasa syukur kepada Allah,bukan di zahir dengan berseronok suka.
Mungkin sukan,sukaneka itu baik untukk menjalin hubungan,tetapi saya tak nampak dimana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas,murid menyanyi,menari,bergencok.
Mungkin sketsa yang mendidik,majlis tahlil,bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur,kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai .
Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan,ada murid, murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik,ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik.Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah.
Kepada ibubapa, minta anak menghadiahkan hari guru dg janji untuk menjadi pelajar yg baik,yg taat, gigih yg berdisiplin,itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.
Dari kisah yg saya paparkan,jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut shj,dari situasi dan pandangan kita shj,tetapi berfikirlah dari berbagai sudut,dari berbagai situasi.
Baik pada kita,mungkin mencederakan orang lain.Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain,sebaliknya Selalulah berusaha untuk menggembirakan orang lain,kelak diakhirat Allah gembira kan kita.Wallahu a'lam abdghaniharon.
Sumber: - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment