AL-FATIHAH.. Meninggal Dunia Selepas Ditumbuk Gara-Gara Tertinggal Budak Sekolah
BAKAL PENGANTIN DITUMBUK SAMPAI MATI SEBAB TERTINGGAL BUDAK SEKOLAH
Kesilapan pemandu van sekolah ini, hanyalah tertinggal seorang penumpangnya. Tidak susah untuk pemuda ini berpatah balik.
Namun, bapa saudara kepada pelajar yang tertinggal itu membuat keputusan, nyawa bakal pengantin yang bakal mendirikan rumahtangga pada 20 Februari ini, di tangannya.
Kejadian berlaku di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, di Klang, Selangor, malam tadi.
Mangsa dikenali Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Febuari ini.
Mangsa dikenali Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Febuari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam selepas mangsa dipercayai tertinggal untuk mengambil anak saudara suspek yang pulang dari sekolah agama.
“Kerana terlalu bengang, suspek kemudiannya bertindak mengekori van yang dipandu mangsa dengan motosikalnya dan ketika menghampir van berkenaan suspek meminta mangsa memberhentikan kenderaan itu.
“Sebaik van diberhentikan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya meninggal dunia dalam van berkenaan.
“Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya,” katanya.
“Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya,” katanya.
Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) Klang.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat saudara Izhar. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn..
No comments:
Post a Comment