Tuesday, 29 December 2015

BUNUH PEROMPAK KERANA PERTAHANKAN DIRI..ZULKIFLI BAKAL DIGANTUNG MATI??



Jika pada tahun 2010 lalu masyarakat digemparkan dengan kes Kalaichelvi, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana membunuh tanpa niat apabila telah memukul seorang lelaki yang cuba merogolnya sehingga mati.

Kes berkenaan ternyata mengundang simpati banyak pihak kerana ada antara mereka menganggap hukuman itu adalah tidak wajar kerana dia cuba mempertahankan dirinya.

Terbaru, satu kes yang menjadi bualan netizen yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah peristiwa lama berulang kembali?

Dua minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yang kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli  memberitahu bahawa  mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.

Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.000 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.


Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan.

Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.

Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.


Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dariThe Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?

Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

"Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?"  katanya.
sumber: Siakapkeli.my KLIK UNTUK BACA SELANJUTNYA

Tuesday, 15 December 2015

SO SWEET!!!! Dedah Memori Indah Bersama Abby Abadi, Bukti Jai Lelaki Sweet!!!












Baru-baru ini suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi ucapan ‘sweet’ sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-39.

Ucapan tersebut dikongsi Muhammad Faizal atau lebih dikenali dengan panggilan Jai, menerusi akaun Instagramnya pada 1 Disember lalu dengan memuat naik sekeping foto Abby yang sedang tersenyum manja sambil meletakkan dagu dibahunya.

Nukilan tersebut berbunyi:

“Isteri ku tersayang @abby_abadi112 sempena hari istimewa sayang, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun. Ketahuilah tiada yang lebih bahagia selain memiliki kasih sayang dari mu.

“InsyaAllah perkahwinan ini mendapat rahmat Allah dan kekal hingga ke syurga. Akan ku berikan sepenuh kasih sayang untuk mu, bersama-sama kita mengejar akhirat untuk kebahagian kita didunia dan akhirat nanti.Masih ku ingat setahun lalu, saat ulang tahun sayang kita di Kuala Kangsar. Terlewat sedikit untuk aku ucapkan ulangtahun untuk sayang... Tapi ketahuilah tarikh1 Disember telah aku simpan sejak dari awal kita kenal. Tidak pernah ku lupa tarikh itu walaupun kita terpisah oleh waktu untuk seketika.Namun sekarang tidak lagi, hari bahagia mu...Kita telah mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri...thanks sayang menerima saya sebagai suami sayang.Ya Allah aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodohku bersama isteri ku sehingga ke saat ini.Ya Allah kekalkanlah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikanlah kami berdua suami isteri dunia dan di akhirat. #happybirthday #sampaisyurga #jaiabby,”
 tulisnya.

Menerusi luahan tersebut jelas menunjukkan betapa dalamnya kasih sayang Jai terhadap Abby.

Ruangan komen pada foto itu turut dipenuhi ucapan pengikut Instagram pasangan ini yang rata-ratanya mendoakan kebahagian mereka sekeluarga.

Abby dan Jai selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos lalu.


KLIK GAMBAR SELANJUTNYA (GAMBAR BULAN MADU ABBY ABADI)
Teks Oleh: Mya Amri

(GAMBAR TERKINI) Norman Hakim Dan Keluarga Bercuti Di Korea Selatan!!! SO SWEET!!!


Sebelum ini, keluarga Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering dikaitkan dengan Abby Abadi, bekas isteri Norman yang dulu.  Ada yang mengatakan hubungan mereka sebelum ini masih lagi bergolak. Tetapi melalui muat naik akaun instagram Abby Abadi, mereka nampaknya sudah berbaik dan sering dilihat bersama dengan keluarga Norman itu.  – Memey Suhaiza Enggan Fikir Negatif Hubungan Baik Abby Abadi Dan Norman Hakim
Melalui akaun instagram Norman Hakim, nampaknya mereka sekeluarga sedang bercuti di Korea Selatan sekarang ini. Seronok melihat kebahagian mereka bersama anak-anak. Tambahan pula, sekarang ini di Korea musim sejuk. Bukan selalu dapat merasa musim sejuk ini, sebab negara kita tiada musim itu.
Norman telah berkongsi gambar-gambar percutiannya di akaun instagram. Antara tempat yang dikunjungi oleh mereka salah satunya Nami Island.
Jom layan gambar-gambar percutian mereka sekeluarga.
Memey 1

Memey 2

Memey 3

Memey 4

Memey 5

Memey 6

Memey 7

Memey 8

Memey 9

Memey 10

Memey 11
 Memey 12

Sunday, 13 December 2015

PANAS!!!! Nabil Dah Minta Maaf, Jamal Abdillah Tetap Poyo!!!!

Semalam kita menyaksikan Siti Nurdiana telah menang Gegar Vaganza. Tahniah buat Nana. Dia memang layak menang kot. Tapi GegarVaganza ada spoil sedikit . Kedatangan Jamal Abdillah di nantikan tetapi di spoilkan oleh dirinya sendiri.

Semua orang tahu nabil suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat. Ini bukti di mana Nitezen bersetuju yang Jamal Abdillah Spoil malam Gegar Vaganza


Org minta maaf..dia sound beb...deep! #nabil �� #GegarVaganza
— Asterina Sapphire (@asterinasazalie) December 13, 2015

Betul tu Nabil. Org mintak maaf pon nak hentam lagi. Tah pape Jamal Abdillah ni

Over do jamal abdillah tadi nk sound2 nabil, dh kau mmg nyanyi senget redho ar, padan muka kena bahasa balik ngan nabil ahhahahahaha

Over do jamal abdillah tadi nk sound2 nabil, dh kau mmg nyanyi senget redho ar, padan muka kena bahasa balik ngan nabil ahhahahahaha

KLIK UNTUK BACA SELANJUTNYA


GEMPAR!!!! AKHIRNYA KAMAL ADLI BONGKAR SIKAP SEBENAR EMMA MAEMBONG!!!



Sebagai seorang yang rapat dan istimewa di hati Emma Maembong, aktor Kamal Adli akui tidak terlepas daripada mengikuti penglibatan pelakon cantik kelahiran Terengganu itu di dalam program realiti digital,  The House.

Bagi Kamal, Emma berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama sentiasa menjadi diri sendiri ketika bersama adik-beradiknya, terutamaa Yaya dan Chacha.

Kamal turut mendedahkan lima sikap Emma yang tidak berubah sama ada ketika berada di dalam mahu pun di luar The House.

Di bawah merupakan kenyataan yang diberikan Kamal:

1. HAPPY  GO LUCKY!
Emma seorang yang happy go lucky dan sikapnya itu dapat dilihat menerusi program The House. Sungguhpun begitu, dia boleh menjadi seorang yang sangat sensitif dan cepat terasa.  Saya lebih suka lihat dia ketawa dan gembira ketika bersama adik beradiknya dalam The House. Ianya sangat natural!
2. Jujur
Saya lihat Emma sangat jujur menzahirkan rasa dan emosinya dalam The House.  Memek muka, emosi dan perasaan  yang ditunjukkan di hadapan  Chacha dan Yaya sama dengan apa yang ditonjolkannya ketika di luar lokasi atau penggambaran The House.

3. Mengambil berat
Dia memang seorang yang sangat caring. Dalam The House,  walaupun Emma sentiasa dilihat bergurau kasar dengan adik-beradiknya, namun dia sebenarnya dia sangat menyayangi serta mengambil berat tentang mereka.
4. Pemurah
Emma seorang yang pemurah. Dia suka tolong kawan-kawan dan bukan orang  yang kedekut. Dalam The House, saya dapat lihat sikap pemurahnya itu dan dia tidak berkisah untuk berkongsi apa sahaja dengan Yaya dan Chacha!

5. Baik Hati
Dia seorang kawan dan pendengar setia serta suka memberi kata-kata semangat kepada sesiapa sahaja. Dalam The House, saya dapat lihat cara dia menjaga Yaya yang sedang hamil dengan baik dan mengambil berat tentang kakaknya itu .


KLIK UNTUK BACA SELANJUTNYA

Tuesday, 8 December 2015

PANAS!!! SUNGGUH MENGEJUTKAN! Faradhiya Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2???? INI PUNCANYA!!!



Pada separuh akhir konsert Gegar Vaganza 2 yang lalu, dikatakan Faradhiya nyaris tarik diri kerana masalah vokal. Finalist Gegar Vaganza 2 ini mengakui bahawa dia hampir menarik diri kerana kehilangan vokal secara tiba- tiba pada pagi sebelum pertandingan. – Punca Nabil Ahmad Bawa Penapis Di Pentas Gegar Vaganza 2!
Namun, beliau berubah fikiran apabila mendapat nasihat dari Datuk Ramli MS supaya menurunkan “key” nyanyiannya. Beliau turut menyatakan yang itu adalah penyakit lamanya dan pernah mendapatkan rawatan sebelum ini.
“Semasa ‘reherseal’ suara saya okay, boleh dikatakan 85 peratus pulih. Tetapi pada pagi sebelum berlangsungnya konsert, suara saya tiba-tiba tak keluar dan sakit dibahagian kerongkong.”
“Rasa sakit ini memang dah lama, pelbagai jenis ubat dan hospital pakar telah saya pergi untuk jalani rawatan.”
“Doktor hanya mampu berikan saya ubat yang bersesuaian agar ia pulih seperti biasa. Tetapi apa yang saya pelik ialah, saya tak demam, saya tak batuk dan saya tak selsema.”
“Tetapi saya boleh hilang suara dan tidak mampu menyanyikan lagu ‘Ku Kunci Cintamu Di Dalam Hatimu’ dengan ‘key’ yang bersesuaian sehingga digubah mengikut kemampuan saya.”
Mengenai persiapannya untuk konsert akhir yang diadakan pada minggu depan, beliau mengatakan akan berusaha untuk memulihkan masalah suaranya itu.
“Apa yang berlaku terhadap diri saya, ia juga merisaukan. Jadi saya mohon kepada semua penyokong dan peminat, doakanlah yang terbaik agar sakit saya ini pulih.”
“Usaha tetap diteruskan untuk memberikan persembahan yang terbaik dan seboleh-bolehnya tidak akan menghampakan penonton setia GV2.
Kami mendoakan supaya kesihatan Faradhiya makin pulih dan semoga berjaya di pentas akhir nanti.

MENARIK<<KLIK DISINI>> GAMBAR FARADHIYA BERSAMA TEMAN LELAKINYA

Monday, 7 December 2015

(GAMBAR) Sekitar Majlis Akikah Anak Erin Malek Yang SUNGGUH MENARIK!!!

Siapa tidak kenal dengan Erin Malek, dulunya merupakan pelakon cilik yang terkenal dalam cerita Tentang Bulan. Ibu muda ini telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang comel ini pada 1 Oktober yang lalu. – (4 Gambar) Terkini Anak Erin Malek CUTE!
Diberi nama, Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz merupakan anak sulung mereka.
Beberapa hari yang lepas, keluarga Erin Malek telah mengadakan majlis akikah anak sulung mereka yang dilakukan secara sederhana dan dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat.
Mereka telah berkongsi beberapa gambar semasa berlangsungnya majlis tersebut di akaun instagramnya. Ramai peminat yang tidak putus- putus mengucapkan tahniah dan geram dengan kecomelan anak sulung Erin Malek ini.
Di sini kami kongsikan beberapa gambar sekitar majlis akikah tersebut.
Erin Malek 2

Erin Malek 3

Erin Malek 4

Erin Malek 5

Erin Malek 6

Erin Malek 7

Erin Malek 8

Erin Malek 9

Erin Malek 1

PANAS!!! FASHA KANTOI DELETE KOMEN PANAS DIA KAT IG ADIK JEJAI..PANAS TU TTG RAHSIA NORA


Makin Panas!!Komen Fasha Sandha Yang Sempat Di "Screen Shot" Oleh Follower

Komen Fasha Sandha Sempat Di "Screen Shot" Oleh Follower adalah Entri ulangsiar dari Yuya! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia.


Kini kisah rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai menjadi perhatian ramai setelah berita dikeluarkan oleh BHarian, mStar dan Rotikaya mencerita mereka mengalami masalah.

Baca entry berkaitan:

Jangan Di Persoalkan Mengapa Nora Danish Di Senangi Keluarga Bekas Mertua 
Kini kisah rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai menjadi perhatian ramai setelah berita dikeluarkan oleh BHarian, mStar dan Rotikaya mencerita mereka mengalami masalah.
Fasha Sandha dikatakan telah pergi ke pejabat agama kerana hal rumah tangganya.
Dari satu akaun IG, seorang followers sempat melakukan ‘screen shot’ pada salah satu komen yang dipercayai ditulis Fasha di IG milik adik Jejai dikenali sebagai Azalea.
Komen tersebut bagaimanapun telah dipadam Fasha tidak lama kemudian.
Lebih memanaskan lagi keadaan, Nora Danish turut menulis komen yang menguatkan lagi dakwaan tentang rumah tangga Fasha dan Jejai kini goyah.
Jom lihat:
IG%2BSembang1%2B%25282%2529.jpg


IG%2BSembang1%2B%25281%2529.jpg


Fasha%2BIG.jpg









































Fasha luah perasaan isu rumah tangga
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Desas-de­sus masalah rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai semakin hangat diperkatakan hari ini, berdasarkan beberapa status di laman sosial pelakon itu. 

“Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya.” Demikian kenyataan terbaharu yang dimuat-naik Fasha di ruangan Instagram miliknya, seakan mengiyakan bahawa rumah tangganya kini sedang mengalami masalah. 

Sebelum ini, Fasha turut memuatkan komen yang mengkritik sikap salah seorang adik iparnya yang dikenali sebagai Azalea, selain turut mengaitkan bekas isteri Jejai, pelakon Nora Danish dalam beberapa kejadian. 

Fasha ada menulis “To Nora, thank you very much. Akhirnya berjaya membuatkan hubungan saya dan keluarga mertua saya semakin ‘rumit’.

 Berterusan secara halus membuat supaya bertambah dibenci.” Selain itu juga, Fasha turut menulis “Awak dan bekas iste­ri telah berjaya membuatkan pertelingkahan besar kami. 

Kerana saya ada akal, saya yang akan mengalah dan undur diri.” Bagaimanapun status berke­naan hari ini telah dipadamkan dari laman sosial berkenaan, meskipun ada sebahagian peminat sempat membuat rakaman tangkap layar (screenshoot) yang kini dibincangkan secara meluas di laman sosial.

 Selain itu, kisah keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai juga ditulis dalam portal Mstar Online yang turut memberitahu bahawa pelakon itu juga sudah mengunjungi sebuah pejabat agama, untuk menyelesaikan isu rumah tangganya. 

 Puan Sri Raja Noora Ashikin dan suaminya bersama cucunya anak Nora dan Jejai

Dimana Fasha?

Berdasarkan pemerhatian  juga menguatkan desas-desus ini adalah melalui perkongsian gambar, ibu mertua Fasha, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah yang menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-42 tahun, baru-baru ini tanpa kehadiran Fasha.

 Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Fasha gagal memandangkan telefon pelakon Anak Mami Kembali itu tidak diaktifkan. 

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, mengahwini Jejai pada 28 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Putera Rayfal Ramli dan Puteri Raysha Jemima. 

Sebelum bergelar suami kepada Fasha, Jejai juga pernah mengahwini pelakon Nora Da­nish. Bagaimanapun perkahwinan me­reka hanya bertahan selama dua tahun sejak 20 Jun 2006 hingga 10 Julai 2008 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal. 

-----------------------------------------------------------

kisah lama..



Rizal lamar Fasha 3 Januari 2009
"Memang saya pernah berkawan rapat dengan Rizal Ashram (Jejai). Saya mengenali Jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan Nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan Jejai ketika dia masih suami Nora Danish.
"Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari tahun ini iaitu enam bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa untuk saya pada ketika itu.
"Memang betul, Jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 Januari 2009. Saya beritahu Mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga Jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana Jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Nora.
"Tetapi itu semua kisah lama, kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana Mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan Jejai di atas macam-macam sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan Mama saya," luahnya dalam laman web itu.
Menurut Fasha lagi, dia sedih apabila dia dikaitkan sebagai punca perceraian Nora dan Rizal kerana ramai yang tidak tahu cerita sebenar yang berlaku.
Kata Fasha lagi, setelah hubungan mereka dihalang keluarga, dia dan Rizal tetap berhubung antara satu sama lain.
"Saya dan Jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 Februari, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa-apa hubungan dengan Jejai lagi kerana terlalu tertekan.
"Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 Mac, Jejai menghubungi saya dan merayu-rayu supaya memaafkannya.
"Ketika itu saya berada di Pasir Gudang, Johor. Jejai terus menghantar SMS dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya.
"Pernah juga Jejai menunggu di hadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya," catat Fasha lagi.
Ujar Fasha, dia dan Rizal tetap berkawan seperti biasa walaupun sudah tidak mempunyai hubungan istimewa ketika itu, namun tidak lagi berhubungan sejak 18 Ogos lalu.
"Di mata saya pada ketika itu, dia seorang lelaki yang baik, selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan.
"Walaupun ramai orang berprasangka yang tidak elok tentang dirinya, saya tetap berkawan dengan Jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba untuk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal.
"Saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh ditangan tuhan.
"Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai, kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini,tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 Ogos 2009. Sekarang tidak berhubung lagi," katanya.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2009/08/24/pendedahan-fasha-akui-pernah-dilamar-4-kali-termasuk-oleh-ally-iskandar-rizal-ashram/