Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat iaitu, Kabil Bin Sazali dengan hanya sekali lafaz.
Syaiful atau mesra dipanggil Melati telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.
Klik gambar untuk size besar

Difahamkan, buat masa ini, Syaiful dan pasangannya masih lagi belum menentukan tarikh yang sesuai untuk majlis bersanding.
Sebelum ini, Syaiful memberitahu beliau terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan beliau dari bulan Februari kepada Julai kerana ingin fokus kerjaya selain menghantar ibunya menunaikan haji dan membuat rumah baharu di Kudat.
Walaubagaimanapun sekitar bulan Jun lalu, rumah mereka di Sabah telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran berpunca daripada litar pintas.
Tahniah kami ucapkan!



KLIK UNTUK GAMBAR SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment