Friday, 22 January 2016

PANAS!!!! Qu Puteh Akan Tarik Balik Dua Produk Buat Sementara Waktu....!!!

vida19_field_image_listing_featured.variant-tile

KOTA BHARU, 22 Jan: Dua produk Qu Puteh iaitu, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block akan ditarik balik dari pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara berkuat kuasa hari ini, kata Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman.
Menurut Hasmiza pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian belum lagi berlaku.
Hasmiza mengumumkan penarikan itu susulan kenyataan dari Kementerian Kesihatan yang mengesahkan kedua-dua produk itu mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.
“Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna.
“Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini,” katanya sebagaimana lapor BH Online.
Hasmiza juga berkata biarpun kedua-dua produk itu diberhentikan jualan, produk kesihatan lain masih lagi dijual seperti biasa.
“Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada produk saya,” katanya. –

Qu putih 2

KLIK UNTUK BACA SELANJUTNYA

Sumber: CeritaRakyatMalaysia.com

Thursday, 21 January 2016

VIRAL TERHANGAT...!!! VIDEO PONDAN NYANYI SAMBIL TAYANG PAYUDARA KETIKA BUSKING DI KOTA KINABALU

AKSI seorang penyanyi tidak senonoh di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu.
AKSI seorang penyanyi tidak senonoh di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menyiasat perbuatan seorang lelaki menyerupai wanita yang melakukan aksi tidak senonoh dengan menyanyi sambilmenayang sebahagian payu daranya di sebuah kompleks beli-belah di sini, baru-baru ini

Berdasarkan video aksi `wanita’ itu yang tersebar dalam laman sosial, dia dipercayai menyanyi sambil diiringi sebuah kumpulan buskers dengan orang ramai merakam persembahannya.
Difahamkan, pelaku itu tiba-tiba menyertai kumpulan buskers berkenaan yang dijemput oleh pengurusan pusat beli-belah untuk membuat persembahan.
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, berkata beliau sudah meminta pegawainya menyiasat kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.
“Ini kerana saya dimaklumkan `orang awam’ berkelakuan tidak senonoh itu tiba-tiba datang menyertai kumpulan buskers yang membuat persembahan.
“Presiden Buskers Sabah juga ada menghubungi saya dan memaklumkan `orang awam’ itu bukan penyanyi mereka tetapi tiba-tiba datang menyanyi bersama. Dia juga memberi jaminan akan menasihatkan semua buskers agar perkara seperti ini tidak berulang.
“Sehubungan itu, saya mengarahkan pegawai bahagian pelesenan untuk melakukan siasatan menyeluruh bagaimana kejadian berkenaan boleh berlaku. Kita mungkin akan memanggil pelbagai pihak tertakluk kepada hasil siasatan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi.
Video selama satu minit 20 saat itu menjadi viral di laman sosial termasuk WhatsApp, khususnya di negeri ini.





KLIK UNTUK VIDEO SETERUSNYA




Sumber: BH Online

Wednesday, 20 January 2016

VIRAL HARI INI....!!! SENANGNYA...!!! PROSES PEMBUATAN PELAMIN DIY SECANTIK INI HANYA KOS RM200 SAHAJA



Disebalik keghairahan pasangan raja sehari yang mahukan yang terbaik di hari perkahwinan mereka, ramai antara mereka yang terpaksa berhabisan beribu ringgit malahan ada puluhan ribu ringgit sebagai kosnya.

Tidak dinafikan ada yang menjayakan majlis raja sehari ini dengan hanya bersederhana berdasarkan kemapuan masing-masing dan ada yang sanggup berhutang semata-mata ianya nampak ''grand''.

Tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya anda boleh berjimat untuk menghasilkan pelamin anda sendiri yang nampak "grand" tetapi modalnya begitu murah.

Kami kongsikan gambar pelamin majlis perkahwinan raja sehari Ema dan pasangannya yang dimuatnaik oleh Team Vv -The Art Thinker di vetovirago pada 2 Januari lalu di mana mereka menghasilkan pelamin yang amat cantik tetapi modalnya hanya semurah RM200.



Berikut adalah perkongsian yang dikongsikan oleh mereka.



Saiz pelamin (dalam gambar) adalah 3 meter x 4 meter 

BARANG UTAMA YANG DIPERLUKAN (untuk backdrop tisu) :

Dawai mata punai - lebih kurang 7 kaki lebar... x3 bahagian
Tisu (sebanyak yg boleh) sila beli di kedai RM2.12 sebab anda akan dapat 3 bungkus. Kami spend lebih kurang RM 24 untuk mendapatkan 36 bungkus tisu.
Kayu pancang - ikut lebar dawai mata punai contoh 7 kaki
Paku simen - sekurang-kurangnya 3 batang
Paku kecil 2 inci - sekurang-kurangnya 30 batang 

ALATAN/KELENGKAPAN YANG LAIN :

Paku tekan - jika perlu
Kertas keras - jika perlu
Pentas pelamin - kami guna papan meja yang diubah suai menjadi pentas
Kain langsir - beli dikedai kain, sila recce harga jangan main beli. Anda boleh dapat harga semurah rm3/meter. Untuk saiz pelamin diatas, kami menggunakan 20 meter kain.
Karpet bulu - kami guna karpet yang sama untuk servis photobooth Vv
Bunga hiasan - recycle bunga dalam rumah. Jika perlu, beli setangkai yang ada 5 kuntum bunga. Kami beli 10 tangkai pada harga RM3.50/tangkai.
Bunga telur - ikut suka. 
Lampu pendafloor - dua batang
Kerusi pelamin - tambahan RM100 untuk sewa kerusi setelah ambil pakej mak andam. Tahukah anda, beli kerusi pelamin baru mencecah 2k? Huh.
Hiasan lain yang bersesuaian dengan cita rasa pelamin impian 
Alatan menghias seperti gam tembak, gunting, pita pengukur, pembaris dan lain-lain. 
Nota kaki:

*** Perlu diingatkan supaya melakar terlebih dahulu pelan pelamin dan dekorasi untuk mengelakkan pembaziran belian barang dan ruang yang akan digunakan. Lakaran juga membantu anda menjimatkan masa. Masa itu emas.

*** Untuk memaksimumkan penjimatan, gunakan barang sedia ada dirumah. Pastikan jika beli baru, barang masih akan digunakan walaupun majlis telah lama berakhir. Kalau simpan je di stor, kelak nanti mereput buat sarang anai-anai. Hahahaa baru padan muka.

Berikut merupakan gambaran aturan kerja-kerja menghias pelamin DIY menggunakan tisu:



Biasanya dawai mata punai diguna untuk buat reban haiwan ternakan. Vv beli segulung terus sebab bakinya boleh buat pagar untuk tanaman sayur mama kami. Sesetengah kedai ada jual per meter, harga lebih kurang RM5/meter. Potong tiga bahagian, setiap bahagian selebar 7 kaki. Cantumkan setiap bahagian menggunakan dawai/tali. Anggaran saiz 6 kaki x 7 kaki. 



Pernah jumpa kan tisu berwarna macam ni? Tisu didalam bungkusan selalunya dilipat dua bahagian. Tugas anda ialah buka satu persatu tisu tersebut. 



Vv gunakan tisu full putih dan tisu bercorak hijau. Tisu putih lebih tebal, jadi susun tisu sebanyak tiga lapisan. Manakala tisu hijau lebih nipis, perlu susun tisu sebanyak empat lapisan 



Setelah susun tisu, poncotkan dibahagian tengah. Sumbat bahagian yang diponcot tadi pada lubang dawai mata punai. Kiraan jarak adalah sejauh 5 lubang (melintang) x 3 lubang (menegak). Boleh ubah suai jarak mengikut rimbunan tisu yang anda mahukan.



Vv susun tisu secara melintang. Ini kerana, kami bercadang untuk membuat tona warna dari putih kepada warna semakin menghijau. Caranya, bahagikan dawai kepada empat bahagian. 
Bahagian paling atas, susun tisu kesemuanya putih. 
Bahagian dua, susun tisu putih-hijau-putih-putih. 
Bahagian tiga, susun tisu hijau-hijau-putih-putih 
Bahagian bawah, susun tisu kesemuanya hijau 



Semakin kembang tisu yang anda poncot, semakin cantik tau. Ohhya, adalah digalakkan melakukan kerja secara berkumpulan supaya cepat siap dan mengelakkan kebosanan okke. 



Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan dinding tisu sekitar dua jam, jika buat tiga orang, sambil bergurau dan bergosip. Hehehee. Vv bahagikan tugas (a) seorang menyusun tisu (b) dua orang memoncot dan menyumbat tisu ke lubang dawai. 



Setelah dua jam, jadilah rupanya seperti permaidani. Serius rasa nak baring atas ni. Bila tisu-tisu ni terkena kipas dan angin luar, beralun-alun.. waduhh cantik sekali. 



Kami start buat pelamin pada jam 6 petang khamis, sehari sebelum majlis akad nikah jumaat. Kalau pelamin mak andam, waktu-waktu macam ni dah lama siap dah. Hahahaaa... Sekarang tengah fikir idea nak adjust macam mana. Actually, Vv buat design on the spot. Parahhh... 


Kenal pasti lokasi pelamin yang akan anda buat. Vv memilih ruang beranda luar rumah sebab senang orang nak tepung tawar. Lagipun tak bersesak-sesak bahagian dalam rumah. Pencahayaan yang bagus dan terang memberi impak menarik pada gambar. 



Lupa nak pesan, mana-mana dinding yang ada tingkap tu, tutuplah guna kertas keras. Sebab... cuba bayangkan tengah sanding malam, tetiba ada orang buka lampu kat bilik sebelah. Tak ke mengganggu tabir pelamin tu. Kot center takpe la, ni sebelah je berlampu. Haha 



Guna paku simen untuk lekatkan kayu panjang terus pada dinding simen. Ketuk paku kecil sebanyak yang mungkin sepanjang kayu tersebut. Paku kecil juga mengurangkan risiko kerosakan pada dinding kerana ia hanya melekat pada kayu sahaja. Jarak setiap paku adalah seinci. Jangan paku selari untuk mengelakkan kayu terbelah dua. Tidak mengapa paku atas bawah sebab dawai punai kan banyak lubangnya. 



Beberapa paku turut di letak secara menegak untuk mengelakkan dawai dibahagian tengah melengkung. Lebih kemas jika melekap terus dan tidak berbuai. Angkat perlahan dawai penuh tisu dan sangkutkan pada paku tadi. 



Pastikan- kemasan dawai kiri dan kanan diletak secara tegang hingga ke hujung. Buat ujian gegaran untuk memastikan dawai terlekat kemas dan tak bergoyang. Hal ini untuk mengelakkan ia jatuh semasa hari kejadian. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Heheheee 



Design pelamin lebih mudah jika latar belakang pelamin sudah siap. Tambahkan pencahayaan dengan meletak lampu pendafloor di belakang bawah pentas. Bahagian depan pentas, cukup sekadar ditutup dengan karpet. 



Pelamin siap tengah malam diiringi bunyi mercun sana sini. Sekali sambut malam tahun baru 1.1.2016. Nervous tunggu hari esok, hari menjadi isteri kepada seseorang. 

*************************** 

Pelamin DIY guna tisu sangat jimat dan sedap mata memandang. Bajet yang diperlukan sekitar RM200 termasuk sewa kerusi. Dah siap majlis, guna semula langsir buat alas meja, sarung bantal dan lain-lain. Bunga hiasan boleh guna semula untuk dekorasi ruangan dalam rumah. Tisu tadi pula kumpulkan letak dalam kotak, boleh guna semula lepas orang sudah makan. Pakai sampai habis. Hehehee 

*************************** 

Lampiran: 

















SUMBER



PANAS!!! NEELOFA DITEGUR PEMINAT KERANA SELUAR SEPERTI T3LANJANG!!!



KLIK GAMBAR SETERUSNYA

Rasanya Neelofa bukanlah artis pertama yang pernah ditegur peminat kerana memakai seluar ketat dan sendat.. Sebelum ini, pelakon comel Emma Meambong juga pernah dikritik dan ditegur peminat, yang beranggapan penampilan itu memang sangat tak sesuai untuk dipakai oleh wanita yang sudah berhijab..

Neelofa yang hanya berniat memuatnaik gambar untuk kongsikan pakaian yang telah ditaja pada peminat, buatkan dirinya dikritik peminat.. Memang ketat seluar tu, sampaikan ada antara peminat yang berfikir Lofa tak pakai seluar..

Seluar itu warna kulit, siapa-siapa tengok pun kena dua tiga kali pandang.. Takut menjadi salah faham tau! Tapi, boleh fikir logik la, takkan nak ambil gambar tak pakai seluar kan?? Ambil gambar mestilah pakai seluar, tapi nampak macam tak pakai seluar tu memang selalu dibuat orang.. Ini macam kes Che Ta juga.. Suka pakai seluar ketat, dan seluar ikut warna kulit..

Dah selalu sangat Miss A tengok artis-artis Malaysia yang berhijab tetapi pakaian tak menggambarkan diri mereka sebagai wanita bertudung.. Seluar ketat dan baju sendat, baik tak payah pakai tudung.. Ini yang orang cakap pakai tudung ikut 'trend'.. Bagi mereka, aurat hanya untuk menutup kepala..

Semoga teguran dari peminat ini akan diterima baik oleh Lofa, orang tegur tu tandanya orang mengambil berat dan orang sayang.. Ramai orang yang sayang kat Lofa ni, semoga Lofa berubah kearah yang lebih baik.. -

Sumber: Miss A/UtaraNews.com

PANAS!!! AKHIRNYA Fasha Sandha Failkan Permohonan Cerai

Setelah desas-desus keretakan rumah tangga antara Fasha Sandha dan Jejai bertebaran sejak kebelakangan ini, pelakon popular tersebut hari ini dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dipercayai untuk memfailkan permohonan cerai. Sebelum ini Fasha Sandha pernah membuat pengakuan yang dirinya sedang bersedih, namun tidak memberi sebarang kenyataan tentang status perkahwinannya.

Fasha Sandha dan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram telah pun berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Sesungguhnya berita ini agak menyedihkan. Semoga Fasha dan Jejai dapat mencari kedamaian dan berbaik semula. Sama-sama kita doakan. Sumber RotiKaya.

Tuesday, 19 January 2016

PANAS!!! KOMEN DATUK SITI KEPADA PEMINAT BIADAP!!!

Komen Datuk Siti Kepada Peminat Biadap

Komen balas Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 36, kepada pengguna instagram yang memberi komentar  biadap kepadanya benar-benar memberi pengajaran kepada pengguna tersebut.

Komentar pengguna instagram yang bernama Choomyncheeky yang mengatakan Siti sebagai seorang yang suka meraih perhatian dinyatakan secara biadap sehinggakan mengguris perasaan Siti.

Komen Datuk Siti Kepada Peminat Biadap
Komen Datuk Siti

Tidak melatah dengan komen itu, Siti lantas memberi nasihat kepada choomyncheeky agar keluar dari halaman rumah instagram itu.

Sumber : Sensasi4u

Hati-Hati!!! Gaya Tudung Seperti Ini Rupanya HARAM Di Sisi Islam....!!



6 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Dalam Penjagaan AURAT..!
Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.
Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.
Ada juga yang merasa cukup dengan memakai tudung sahaja, akan tetapi perkara lain tidak diambil kira. Sekarang ini ramai yang dilihat dah mula bertudung, tapi banyak juga kesalahan dalam memakai tudung kerana ramai yang ingin berfesyen bukan kerana tuntutan arahan Allah SWT. Fesyen dibenarkan di dalam Islam selama mana tidak melampau-lampau atau berlebihan serta hendaklah menepati semua syarat yang ditetapkan di dalam etika berpakaian. Jika cukup syaratnya maka tidak ada masalah untuk berfesyen.
Namun, perlulah diperjelaskan beberapa kesilapan wanita tentang aurat supaya kita dapat mencari kesilapan tersebut dan dapat diperbaikinya segera.
Terdapat beberapa kesilapan wanita bertudung selalu abaikan tentang penjagaan aurat. Antaranya ialah;
1- BERTUDUNG, TAPI ADA RAMBUT TERJUIH KELUAR
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari lebih-lebih lagi bila anda upload gambar di facebook.
2- BERTUDUNG, TAPI SINGKAT, NIPIS SEHINGGA BOLEH DILIHAT SANGGUL, LEHER, TENGKUK DAN DADANYA.
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang dan terbelit-belit di leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. Kerana terikutkan fesyen yang mahu kelihatan bergaya, aurat ditolak tepi.
Hakikat trend tudung, gadis-gadis di luar sana, ada beberapa hakikat yang anda perlu terima. Kajian menunjukkan lelaki lebih suka anda pakai tudung biasa. Jangan tertipu dengan model tudung. Dia pakai nampak cantik sebab muka dia memang cantik. Pakai tudung dia takkan membuatkan muka anda jadi cantik secara magic. Pemakaian hijab, mesti menutup dada!
3- BERTUDUNG TAPI MENAMPAKKAN BENTUK BADAN (BERPAKAIAN KETAT)
Gaya ini paling ramai gadis-gadis bertudung suka pakai. Bertudung tapi bertelanjang. Tidak ada bezanya dengan perempuan FreeHair. Hanya bertudung tapi menampakkan seluruh susuk tubuhnya dengan mengenakan pakaian ketat, bajunya sendat, sempit dan nipis.
Badan saiz XL tetapi pakai baju saiz S. Banyak sangat sekarang ini, atas dah elok, tapi pakai baju sendat dan berseluar ketat menampak bentuk peha serta betisnya. Apa gunanya BERTUDUNG?
Ini masalahnya apabila diri kurang mendengar kuliah @ ceramah agama tentang pedihnya azab di akhirat nanti buat mereka yang mengabaikan aurat. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
4- BERTUDUNG TAPI MENAMPAKKAN LENGAN
Mutaakhir,dilihat banyak gambar atau secara nyata, wanita Islam (Muslimah) menggayakan pelbagai cara untuk menutup aurat. Namun, dalam kesibukan tersebut, selain dari hal mempamerkan bentuk tubuh, satu lagi aurat yang dipandang remeh adalah LENGAN. Mereka mengenakan tudung, tapi memakai T-Shirt lengan pendek, bahkan ada juga yang mengenakan sarung lengan yang ketat disamping pemakaian T-Shirt lengan pendek tersebut dengan anggapan mereka, mereka telah menutup aurat mereka sebaiknya. Hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’.
 5- BERTUDUNG TAPI NAMPAK KAKI
Kaki adalah aurat. Perempuan tidak wajib pakai stokin kaki, tetapi wajib tutup kaki. Terpulang nak pakai kasut Phua Chu Kang ke.. janji tutup aurat (kaki).
Dengan mudah fahamnya, seperti mana aurat di dalam Solat, seperti itulah Aurat di luar solat. Maka, kaki, lengan, rambut, tubuh adalah AURAT.
6- BERTUDUNG DENGAN STYLE BONGGOL
Fesyen Tudung sanggul bonggol unta ada yang mengatakan ianya HARAM dipakai. Dalam hadis yang mengatakan :
Daripada Abu Hurairah r.a : Bersabda Rasulullah s.a.w: “Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.
(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat).
Jadi ini menunjukkan bahawa pada asalnya mereka memakai dan menutup, tetapi kaedah cara memakai itu tidak kena. Sanggulnya sepatutnya boleh diikat kecil tetapi dia sengaja membuat sanggulnya tinggi seperti thailand punya pagoda. Ini tidak dibolehkan.
Apatah lagi pada hari ini mereka menjual sanggul yang sudah siap (sanggul tiruan). Kita memahami bahawasanya sekiranya rambut seseorang itu panjang maka ia perlu diikat, tetapi bukanlah mengikat secara melampau sehingga naik menonjol. Bonggol unta maksudnya ia menonjol naik. Apatah lagi bagi yang tiada rambut sangat tetapi dia sengaja pergi tambah, itu lebih kacau!
Tambahan. ada juga yang bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Mampu menaikkan syahwat para lelaki bukan mahram adalah HARAM!
Menjaga batasan aurat ini akan menjadi mudah sekiranya tahu batasan hukum yang perlu dipatuhi dan mengikut segala syariat ALLAH SWT. Sekiranya diikuti, pelbagai ganjaran dan pahala akan diperoleh. Namun jika batasan itu dilanggar, maka seolah-olah menempah kemurkaan ALLAH SWT. Jadi berhati-hatilah, perbetulkan perkara ini.
HAWA… Apakah hadiah terbaik buat seseorang ayah atau suami..? “Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna”..